Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Official Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Kontrak

Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Kontrak
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Kontrak. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon dalam Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.

Tarikh Permohonan

  • Tarikh Buka: 27 September 2021 (Isnin).
  • Tarikh Tutup: 10 Oktober 2021 (Ahad), sebelum jam 11.59 malam.

Keterangan Program

  • Nama Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service).
  • Pengambilan Khas PPP bagi penempatan di:
    A. Sekolah Kebangsaan (SK);
    B. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); dan
    C. Sekolah Menengah (Aliran Perdana/ Teknik dan Vokasional).
  • Opsyen yang ditawarkan dalam Pengambilan Khas: sila rujuk senarai di dalam iklan pengambilan yang disediakan di bawah ini.

Syarat Lantikan

Syarat kelayakan asas:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Sihat tubuh badan;
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Awam (UA)/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam opsyen berkaitan sahaja yang
    diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/ CGPA minimum 2.50;
  4. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan;
  5. Bagi opsyen Bahasa Inggeris, perlu mencapai sekurang-kurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam
    peperiksaan Malaysian University English Test (MUET);
  6. Bagi pemohon semua opsyen di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/Pendidikan Islam/Bahasa Inggeris) perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa
    Cina di peringkat SPM;
  7. Bagi pemohon opsyen Tahfiz, perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; dan
  8. Bagi pemohon opsyen Bahasa Semai calon perlulah:
    a) Memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai; atau
    b) Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa tersebut; atau
    c) Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai tetapi mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut.

Dapatkan “Iklan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Secara Kontrak” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

MUAT TURUN DI SINI:

Cara Permohonan

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari portal IPGM di alamat: https://mypdpp.moe.gov.my mulai 27 September 2021 (Isnin); dan
  2. Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, semasa lapor diri bertugas dan selama tempoh kontrak.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan pengambilan khas ini boleh dirujuk menerusi pautan rasmi IPGM- Modul myPDPP (moe.gov.my)

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Kontrak ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang berminat menjadi seorang guru. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati