Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pembayaran BPR Fasa 3 dan Rayuan Mulai 28 September 2021

Pembayaran BPR Fasa 3 dan Rayuan Mulai 28 September 2021
Pembayaran BPR Fasa 3

Pembayaran BPR Fasa 3 dan Rayuan Mulai 28 September 2021. Berdasarkan kenyataan media Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 September 2021 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 30 September 2021.

WhatsApp Image 2021 09 26 at 5.46.07 PM

Pembayaran ini akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan. Bayaran fasa 3 dan rayuan BPR ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion.

WhatsApp Image 2021 09 26 at 5.46.07 PM 1

Jumlah Pembayaran BPR Fasa 3 dan BPR Rayuan

  • BPR Fasa 3: setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400. Pembayaran fasa 3 ini adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka.
  • BPR Rayuan: penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak.
WhatsApp Image 2021 09 26 at 5.46.08 PM

Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sentiasa terbela. Menurut YAB Perdana Menteri lagi, beberapa bantuan tunai seperti Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) akan diberikan kepada penerima yang layak. Pembayaran bantuan tersebut dijadual akan disalurkan pada Oktober hingga Disember 2021.

Maklumat Lanjut

Keluarga Malaysia boleh merujuk kepada soalan lazim (FAQ) di portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

WhatsApp Image 2021 09 26 at 5.46.09 PM

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Pembayaran BPR Fasa 3 dan Rayuan Mulai 28 September 2021 ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua, khususnya buat para pemohon yang berkelayakan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini kepada sesiapa sahaja yang berkenaan.
Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati