Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 30 September 2021 (Khamis), jam 11:59 malam. Terdapat pelbagai jawatan dan beberapa kekosongan di seluruh Malaysia yang sedang ditawarkan bagi pengambilan kali ini.
Senarai Jawatan Kosong JAKIM
Isi Kandungan
- 1 Senarai Jawatan Kosong JAKIM
- 1.1 1. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 sebagai Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA)
- 1.2 2. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 sebagai Penyelia Kafa
- 1.3 3. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 sebagai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD)
- 1.4 4. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 sebagai Penggerak Masyarakat Saudara Kita (PMSK)
- 1.5 5. Pemandu Kenderaan Gred H11
- 1.6 6. Penerbit Rancangan Gred B41
- 1.7 7. Penerbit Rancangan Gred B19
- 2 Syarat Umum Permohonan
- 3 Syarat Kelulusan Akademik
- 4 Cara Permohonan
1. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 sebagai Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA)
- Taraf Jawatan: Kontrak (Contract of Service)
- Bayaran Gaji: RM1,352.00 Minima
- Penempatan: Pahang (3 kekosongan), Selangor (2 kekosongan), Johor (2 kekosongan), Perak (1 kekosongan) dan Kelantan (1 Kekosongan)
- Deskripsi Tugas: Bertanggungjawab kepada Bahagian Dakwah JAKIM dalam membantu Ketua Penyelaras dan Penyelaras PMOA Negeri melaksanakan program, aktiviti, khidmat nasihat, kebajikan dan urusan Orang Asli Islam serta bukan Islam.
2. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 sebagai Penyelia Kafa
- Taraf Jawatan: Kontrak (Contract of Service)
- Bayaran Gaji: RM1,352.00 Minima
- Penempatan: Sabah (2 kekosongan), Sarawak (2 kekosongan), Kelantan (2 kekosongan), Perak (2 kekosongan), Kedah (1 kekosongan), Johor (1 kekosongan),
Pulau Pinang (1 kekosongan) dan Selangor (1 kekosongan). - Deskripsi Tugas: Bertanggungjawab kepada Pengarah Bahagian Pendidikan, JAKIM dalam mengurus dan memantau pelaksanaan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain di negeri-negeri.
3. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 sebagai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD)
- Taraf jawatan: Kontrak (Contract of Service)
- Bayaran Gaji: RM1,493.00 Minima
- Penempatan: Terengganu (1 kekosongan) dan Perlis (1 kekosongan)
- Deskripsi Tugas: Bertanggungjawab kepada Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri dalam pengurusan, pengimarahan serta pemantauan masjid dan surau.
4. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 sebagai Penggerak Masyarakat Saudara Kita (PMSK)
- Taraf Jawatan: Kontrak (Contract of Service)
- Bayaran Gaji: RM1,352.00 Minima
- Penempatan: Sarawak (1 kekosongan)
- Deskripsi Tugas: Bertanggungjawab dalam melaksanakan program, aktiviti, khidmat nasihat, kebajikan dan urusan Saudara Kita.
5. Pemandu Kenderaan Gred H11
- Taraf Jawatan: Kontrak (Contract of Service)
- Bayaran Gaji: RM1,264.15 Minima
- Penempatan: Sarawak (1 kekosongan)
- Deskripsi Tugas: Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan dan menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih serta selamat untuk setiap perjalanan.
6. Penerbit Rancangan Gred B41
- Taraf Jawatan: Kontrak (Contract of Service)
- Bayaran Gaji: RM2,095.00 Minima
- Penempatan: Wilayah Persekutuan Putrajaya (2 kekosongan) & Sabah (1 kekosongan)
- Penerbit TV: Bertindak sebagai ketua dan penerbit bagi team penerbitan rancangan,
bertanggungjawab menerbitkan program-program siaran langsung dan program
berskala besar di peringkat Nasional; atau - Penerbit Radio: Bertindak sebagai ketua bagi team radio online dan media sosial SALAMfm, bertanggungjawab menyelaras rakaman dan siaran program serta mengemaskini aplikasi/sistem/teknologi terbaru dalam konsep radio online dan media sosial SALAMfm mengikut perkembangan semasa; atau
- Penerbit Rancangan di Media Sosial: Bertindak sebagai penerbit bagi rancangan secara siaran langsung atau rakaman di platform media sosial seperti Facebook, Youtube, Instagram dan Twitter.
7. Penerbit Rancangan Gred B19
- Taraf Jawatan: Kontrak (Contract of Service)
- Bayaran Gaji: RM1,360.00 Minima
- Penempatan: Wilayah Persekutuan Putrajaya (2 kekosongan)
- Bertugas sebagai Penerbit Program Radio: antara tugas Penerbit Radio adalah menerbitkan program radio dan menjadi Juruhebah di radio SalamFM; ATAU
- Bertugas sebagai Pembantu Penerbitan bagi team penerbitan rancangan TV atau Berita: antara tugas Pembantu Penerbitan adalah membuat tempahan, menyediakan bayaran dan tugasan penerbitan lain yang berkaitan; ATAU
- Bertugas sebagai kakitangan teknikal: antara tugas kakitangan teknikal adalah mengendalikan peralatan penyiaran seperti kamera dan peralatan audio bagi penerbitan program TV dan Radio.
Syarat Umum Permohonan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Syarat Kelulusan Akademik
Sila rujuk maklumat lanjut syarat kelulusan akademik bagi setiap jawatan yang ditawarkan di dalam iklan jawatan kosong yang disediakan di bawah ini.
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download: IKLAN_JAKIM_SEPT_2021
Cara Permohonan
- Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
- Alamat untuk surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon pemohon untuk dihubungi hendaklah tepat, terkini dan masih aktif.
- Hanya permohonan yang dibuat dalam tempoh iklan akan diproses.
- Pusat temu duga akan ditetapkan oleh JAKIM.
- Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada:
Unit Kontrak, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JAKIM
(03-8870 7614 / 03-8870 7617 / 03-8870 7637)
Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:
- Jawatan Kosong Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
- Pembayaran Bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 dan Semakan Status
- Dapatkan Promosi Beli 1 Percuma 1 Snack Plate KFC Bagi Individu Lengkap Vaksin
- Jawatan Kosong Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29
- Jawatan Kosong Pegawai Penyelidik Gred Q41
- Jawatan Kosong Pegawai Penerangan Gred S41
- Semakan Status Kelulusan Rayuan BPR Mulai 18 September 2021
- 1GB Data Internet Percuma Sehingga 31 Disember 2021
- Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021
- Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!