Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pembayaran Bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 dan Semakan Status

Pembayaran Bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 dan Semakan Status

Pembayaran Bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 dan Semakan Status. Berdasarkan kenyataan media Perdana Menteri, kerajaan terus komited menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro dengan menyalurkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mulai Selasa, 21 September 2021.

Untuk makluman semua, bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta PKS mikro bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar pada masa ini dek pandemik COVID-19. Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0, dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta. Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih 1 juta PKS mikro di bawah GKP ini semenjak COVID-19 melanda negara adalah sebanyak RM6.08 bilion.

Jumlah Amaun dan Tarikh Pembayaran
Geran Khas Prihatin 4.0

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. Bayaran GKP 4.0 ini akan dibayar secara berfasa sebanyak dua kali, iaitu:

  • Fasa 1: September 2021 berjumlah RM500, dan
  • Fasa 2: November 2021 berjumlah RM500
Bayaran GKP 4.0

Penerima Bantuan Geran Khas Prihatin 4.0

Penerima GKP 4.0

Semakan Status Kelulusan Pembayaran Bantuan Geran Khas Prihatin

Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021 melalui Portal GKP menerusi pautan berikut:

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berharap agar bantuan ini dapat menggerakkan dan memulihkan kembali sektor PKS yang merupakan enjin pertumbuhan ekonomi Keluarga Malaysia. Kerajaan memberi keutamaan kepada pemain industri ini kerana mereka merupakan antara sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik COVID-19. Menurut beliau lagi, semoga dengan bantuan ini peniaga kecil seperti pemilik gerai makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek dapat mengurangkan beban dan membantu aliran tunai.

Maklumat Lanjut Pembayaran Bantuan Geran Khas Prihatin

Pembayaran Bantuan Geran Khas Prihatin
Pembayaran Bantuan Geran Khas Prihatin

Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan GKP 4.0 ini boleh dirujuk menerusi pautan-pautan di bawah ini.

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Pembayaran Bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 dan Semakan Status ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua, khususnya buat para pengusaha PKS yang berkelayakan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini kepada sesiapa sahaja yang berkenaan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati