1GB Data Internet Percuma Sehingga 31 Disember 2021

 

1GB Data Internet Percuma Sehingga 31 Disember 2021

1GB Data Internet Percuma Sehingga 31 Disember 2021 ini merupakan lanjutan daripada bantuan perkhidmatan internet yang sedia ada terangkum dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Inisiatif Khas Industri Telekomunikasi ini dilanjutkan bermula dari 1 Ogos sehingga 31 Disember 2021.

May be a cartoon of text that says "PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT DAN PEMULIHAN EKONOMI (PEMULIH) Inisiatif Khas Industri Telekomunikasi dilanjutkan dari 1 Ogos sehingga 31 Disember 2021 Bersama Hentikan Covid-19 MCMC 0ロロ Pemberian 1GB data harian percuma dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Kemudahan yang bernilai RM500 juta yang bermula Ogos ini akan memberi manafaat kepada 44 juta pelanggan berdaftar. celcom maxis. DenMuSmrdaMalayaia Kanurikasi MCMCTV"

Apakah Itu 1GB Data Internet Percuma?

  • Memandangkan ramai rakyat Malaysia masih bekerja dan belajar dari rumah, dan selaras dengan rancangan pemulihan jangka pendek kerajaan, pembekal perkhidmatan mudah alih seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile and Unifi Mobile akan terus menyokong keperluan pekerjaan dan pembelajaran Rakyat melalui tawaran 1GB data Internet percuma.
  • Pelanggan aktif boleh menikmati tawaran sehingga 31 Disember 2021 untuk 24 jam, tertakluk kepada ketersediaan teknikal pembekal perkhidmatan masing-masing.
  • Penggunaan untuk tujuan pembelajaran dan maklumat terkini akan menggunakan 1GB data Internet percuma terlebih dahulu.
    – Setelah kuota percuma tersebut habis digunakan, sebarang penggunaan data tambahan akan mengguna pakai kuota pelan data langganan sedia ada.

Siapakah yang Layak Menerima
1GB Data Internet Percuma?

  • Semua pelanggan pascabayar dan prabayar aktif Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Unifi Mobile akan menikmati tawaran ini daripada pembekal perkhidmatan masing-masing, melainkan mereka yang melanggan pelan data tanpa had, gentian optik dan pelan perkhidmatan jalur lebar kediaman tanpa wayar (home wireless).
  • Pelanggan boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk menyemak kelayakan mereka bagi tawaran ini.

Bagaimanakah Cara Untuk Menerima 1GB Data Internet Percuma?

Pelanggan boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lanjut. Berikut adalah pautan laman sesawang pihak syarikat pembekal perkhidmatan yang terlibat:

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan perkhidmatan internet percuma ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian 1GB Data Internet Percuma Sehingga 31 Disember 2021 ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua. Diharapkan dengan bantuan perkhidmatan internet percuma setiap hari ini dapat memudahkan segala urusan pembelajaran dan pekerjaan dari rumah ketika ini akibat pandemik COVID-19 yang masih melanda negara. Manfaatkanlah bantuan ini sebaiknya!