Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Suami atau Ahli Keluarga dibenarkan Menemani Ibu Hamil Bersalin Berkuat Kuasa 4 Oktober

Suami atau Ahli Keluarga dibenarkan Menemani Ibu Hamil Bersalin Berkuat Kuasa 4 Oktober

Suami atau Ahli Keluarga dibenarkan Menemani Ibu Hamil Bersalin Berkuat Kuasa 4 Oktober 2021. Kementerian Kesihatan Malaysia telah membenarkan para suami atau ahli keluarga terdekat untuk menemani ibu hamil semasa bersalin dengan mematuhi kriteria yang ditetapkan.

Kebenaran menemani pasangan ataupun ahli keluarga terdekat yang akan melahirkan bayi di hospital pada ketika negara masih dilanda pandemik Covid-19 ini perlulah dimanfaatkan sebaiknya dengan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Kebenaran yang diberikan oleh pihak kerajaan ini disusuli dengan penetapan beberapa kriteria tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang proses menemani para ibu hamil bersalin di mana-mana premis kesihatan sama ada kerajaan ataupun swasta.

Kriteria bagi Suami / Ahli Keluarga
Untuk Menemani Ibu Hamil Bersalin

Berikut merupakan kriteria yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, antaranya ialah:

  1. Suami/ahli keluarga terdekat telah melengkapkan vaksinasi COVID-19, iaitu
    – 14 hari selepas menerima dos kedua bagi vaksin jenis 2 dos bagi vaksin Pfizer, Sinovac, dan Astra Zeneca.
    – 28 hari selepas menerima vaksin jenis 1 dos bagi vaksin CanSino dan Johnson & Johnson.
  2. Suami/ahli keluarga perlu menjalani ujian pengesan COVID-19 dalam tempoh 72 jam dan bawa bersama keputusan ujian, atau
  3. Suami/ahli keluarga terdekat membeli kit ujian kendiri COVID-19 dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri COVID-19 di tempat saringan yang disediakan.

May be an image of headscarf and text that says "Kriteria Bagi Suami/Ahli Keluarga Untuk Meneman Ibu Hamil Semasa Bersalin Suami/ahli keluarga telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 iaitu 14 hari selepas menerima dos kedua bagi vaksin jenis 2 dos iaitu Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca 28 hari selepas menerima vaksin jenis dos iaitu CanSino dan Johnson & Johnson B) B Suami/ahli keluarga perlu menjalani ujian pengesan COVID-19 dalam tempoh 72 jam dan bawa bersama keputusan ujian. COV.D-S9 ATAU C) Suami/ahli keluarga membeli kit ujian kendiri COVID-19 dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri COVID-19 di tempat saringan yang disediakan. Bersama entikan COVID-19 moh.gov.my"

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan kebenaran menemani ibu hamil bersalin di hospital ini boleh dirujuk menerusi siaran Facebook Pejabat Perdana Menteri DI SINI.

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Suami atau Ahli Keluarga dibenarkan Menemani Ibu Hamil Bersalin Berkuat Kuasa 4 Oktober ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua khususnya buat para ibu hamil yang bakal melahirkan bayi tidak lama lagi. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan ini dengan sesiapa sahaja yang berkenaan.

Anda Mungkin Meminati