Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Hebahan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Effective Julai 2021

Hebahan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021

Hebahan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP) akan melaksanakan urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 bagi 47 opsyen. Permohonan secara dalam talian boleh dikemukakan bermula 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021 (sebelum jam 11.59 malam).

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Suruhanjaya) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (calon-calon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).

Senarai Opsyen yang Ditawarkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

a) Opsyen bagi Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Semenanjung, Sarawak, dan Sabah:

  1. BAHASA CINA (Semenanjung)
  2. BAHASA IBAN (Sabah dan Sarawak)
  3. BAHASA INGGERIS (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  4. BAHASA KADAZAN / DUSUN (Sabah dan Sarawak)
  5. BAHASA MELAYU (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  6. BAHASA SEMAI (Semenanjung)
  7. BIMBINGAN DAN KAUNSELING (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  8. DINI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  9. GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  10. MUZIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  11. PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  12. PENDIDIKAN ISLAM (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  13. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  14. PENDIDIKAN KHAS (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  15. PENDIDIKAN MORAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  16. PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  17. REKA BENTUK TEKNOLOGI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  18. REKA CIPTA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  19. SEJARAH (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  20. TAHFIZ (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  21. AGROINDUSTRI TANAMAN (Semenanjung dan Sabah)
  22. AGROINDUSTRI TERNAKAN POULTRI (Semenanjung dan Sabah)
  23. AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN (Semenanjung dan Sabah)
  24. AKUAKULTUR (Semenanjung dan Sabah)
  25. BAKERI DAN PASTRI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  26. BIOTEKNOLOGI (Semenanjung)
  27. FLORIKULTUR (Semenanjung)
  28. HORTIKULTUR (Semenanjung)
  29. INSURANS (Semenanjung)
  30. KOSMETOLOGI (Semenanjung dan Sarawak)
  31. PEMPROSESAN HASIL PERTANIAN (Semenanjung)
  32. PENGURUSAN PERUNCITAN (Semenanjung)
  33. SENI KULINARI (Semenanjung dan Sarawak)
  34. SENI REKA FESYEN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  35. SENIBINA LANDSKAP (Semenanjung)
  36. TEKNOLOGI AUTOMOTIF (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  37. TEKNOLOGI ELEKTRIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  38. TEKNOLOGI ELEKTRONIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  39. TEKNOLOGI ENJIN MARIN (Semenanjung)
  40. TEKNOLOGI KIMPALAN (KIMPALAN & FABRIKASI LOGAM) (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  41. TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO (Semenanjung)
  42. TEKNOLOGI PEMBINAAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  43. TEKNOLOGI PEMBUATAN BOT (Semenanjung)
  44. TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  45. TEKNOLOGI PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA (Semenanjung dan Sarawak)
  46. TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER & RANGKAIAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

NOTA:

Bagi permohonan opsyen Bahasa Iban/Bahasa Kadazan Dusun/Bahasa Semai, permohonan juga dibuka kepada calon-calon :

  • memiliki kelulusan bukan dalam bidang tersebut tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa berkenaan; atau
  • memiliki kelulusan bukan dalam bidang bahasa tersebut tetapi mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa berkenaan.

b) Opsyen bagi SJKC di Semenanjung, Sarawak dan Sabah:

  1. BIMBINGAN DAN KAUNSELING (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  2. MATEMATIK (Semenanjung)
  3. MUZIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  4. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  5. PENDIDIKAN KHAS (Semenanjung dan Sarawak)
  6. PENDIDIKAN MORAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  7. PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  8. REKA BENTUK TEKNOLOGI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  9. SEJARAH (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

NOTA: Hanya calon-calon yang memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM akan ditempatkan di SJKC.

Cara Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Individu yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan ini perlulah membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan rasmi Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan mySPP.

Lihat juga:

Maklumat Lanjut Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Sebarang maklumat lanjut berkenaan hebahan pengambilan ini boleh dirujuk menerusi Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Semoga perkongsian Hebahan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 ini bermanfaat kepada anda semua, khususnya buat para graduan universiti yang berkelayakan untuk memohon. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati