Semakan Status Kelulusan Rayuan BPR Mulai 18 September 2021. BPR atau nama panjangnya Bantuan Prihatin Rakyat merupakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan sebelum ini.
Menurut Menteri Kewangan Malaysia, sukacita dimaklumkan bahawa semakan status kelulusan rayuan boleh dilakukan oleh pemohon bermula pada 18 September 2021. Pembayaran rayuan ini akan melibatkan hampir 200 ribu penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta.
Kaedah Pembayaran BPR
Isi Kandungan
Pembayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung September 2021 bersekali dengan penerima bayaran BPR Fasa 3.
Jadual Tarikh Pembayaran
Kerajaan telah mengemaskini data golongan B40 yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui permohonan rayuan BPR yang dibuka pada 15 sehingga 30 Jun 2021. Permohonan rayuan ini telah diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan inisiatif bantuan tunai ini dapat disalurkan dan dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak.
Cara Semakan Kelulusan Rayuan BPR
Para pemohon boleh menyemak kelulusan permohonan rayuan BPR masing-masing menerusi portal BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (hasil.gov.my)
Kerajaan berharap bantuan tunai yang secara keseluruhannya berjumlah RM17.1 bilion sehingga hujung tahun ini boleh membantu keluarga Malaysia menampung dan menguruskan perbelanjaan penting mereka.
Selaras dengan pengumuman kelulusan rayuan BPR ini, kerajaan turut memberi peluang kepada golongan yang lulus rayuan BPR menyertai Program Jaringan Prihatin . Oleh hal yang demikian, tarikh akhir pendaftaran dan penebusan program ini akan dilanjutkan sehingga 30 September 2021. Pelanjutan ini juga bertepatan dengan situasi semasa dan memberi ruang dan masa kepada mereka yang perlu mendaftar dan menebus telefon mereka di kedai secara fizikal.
Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan program yang disediakan menepati kehendak golongan sasar dan memudahkan pembelajaran anak-anak golongan B40 mendapatkan pakej telekomunikasi ataupun pakej peranti mudah alih. Sokongan ini diharapkan dapat menjamin pembelajaran yang lebih lancar dan kondusif.
Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:
- 1GB Data Internet Percuma Sehingga 31 Disember 2021
- Jawatan Kosong Pegawai Pertanian Gred G41
- Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Muar
- Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021
- Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021
Semoga perkongsian Semakan Status Kelulusan Rayuan BPR Mulai 18 September 2021 ini dapat memberikan manfaat dan juga informasi terkini kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja yang berkenaan.