
Jawatan Kosong Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). SPA menawarkan sebanyak 120 kekosongan dan 30 simpanan bagi pengambilan kali ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 29 September 2021 (Rabu), jam 11:59 malam.
Individu yang dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 ini akan ditempatkan di bawah Jabatan Pertanian Malaysia (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan). Sehubungan itu, pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:
- Keterampilan yang baik.
- Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
- Bakat kepimpinan.
- Ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
- Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.
Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)
Isi Kandungan
- Pertanian/Sains Pertanian,
- Pertanian Tani, atau
- Kejuruteraan Pertanian
Jadual Gaji Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
Gaji Minimum | RM 1,494.00 |
Gaji Maksimum | RM 5,674.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 145.00 |
Syarat Lantikan Penolong Pegawai Pertanian
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik
- Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau - Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).
Kelayakan Bahasa Melayu
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download: IKLAN-SPA9_PG-JPM-MAFI-PenolongPegawaiPertanianGredG29
Cara Permohonan
- Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
- Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
- Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
- Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.
Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:
- Pembayaran Bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 dan Semakan Status
- Dapatkan Promosi Beli 1 Percuma 1 Snack Plate KFC Bagi Individu Lengkap Vaksin
- Jawatan Kosong Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29
- Jawatan Kosong Pegawai Penyelidik Gred Q41
- Jawatan Kosong Pegawai Penerangan Gred S41
- Semakan Status Kelulusan Rayuan BPR Mulai 18 September 2021
- 1GB Data Internet Percuma Sehingga 31 Disember 2021
- Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021
- Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!