Apa Hukum Minum Air Tin Tiger?

Apa Hukum Minum Air Tin Tiger?

Apa Hukum Minum Air Tin Tiger?. Sebagai seorang muslim mestilah seorang yang percaya akan perintah suruhan agamanya itulah lambang seorang muslim iaitu wajib mentaati perintah yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

Agama Islam itu adalah agama yang serba serbi lengkap dan sememangnya agama Islam adalah sempurna untuk dijadikan sebagai gaya hidup dan pedoman. Islam mengajar umatnya untuk sentiasa peka dan cakna akan hal hal berkaitan hal duniawi dan ukhrawi.

Perbincangan mengenai apa yang diajar oleh agama Islam Kita boleh bahagikan kepada pelbagai aspek yang berkait dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia. Biarpun sesetengah pihak mendakwa bahawa agama tidak patut dicampuradukkan dalam hal berkaitan kehidupan harian. Namun hadirnya Islam sebagai “ad-din” iaitu gaya hidup. Ikuti kupasan lebih lanjut dibawah.

Sertai telegram rasmi untuk dapatkan informasi terkini dan pengumuman penting semasa:

telegram us

Apa Hukum Minum Air Tin Tiger?

Setiap Perkara Adalah Berkait Dengan Agama

Islam mengajarkan umatnya untuk mementingkan dan menitikberatkan perkara walaupun sekecil kecil perkara. Ini bukanlah menunjukkan agama Islam ini adalah jumud tetapi ianya adalah merupakan panduan yang akan membimbing dan menuntun manusia ke arah jalan kebaikan.

Benar, agama Islam memang menitikberatkan dalam perkara hal-hal yang berkait rapat dengan kehidupan yang mana kita boleh bahagikan antaranya adalah bab muamalat, ibadah, fiqh, situasi dan lain-lain.

Persoalan : Apa Hukum Minum Air Tin Tiger?

Saban hari kita digembar-gemburkan dengan pelbagai isu semasa yang hangat diperbincangkan sama ada di dalam akhbar dan media massa. Isu berkenaan halal haram juga antara isu yang sensitif dan seringkali diperbincangkan di kalangan para netizen.

Persoalan-persoalan sering juga timbul bila berkaitan dengan hal pemakanan dan peminuman. Kini timbul pula isu, mengenai “apakah hukum meminum air tin tiger?”

Air Tin Tiger

Tular beberapa hari ini mengenai air tin tiger yang mana dipersoalkan pelbagai pihak. Asalnya air tin tiger adalah merupakan air teh yang dikeluarkan sebagai arak.

Namun situasi menjadi gempar apabila jenama air tin tiger ini telah mengeluarkan satu produk air tin tiger kosong alkohol. Perkara ini menimbulkan pelbagai persepsi adakah ia dibolehkan atau tidak boleh sama sekali walaupun air itu tidak mengandungi alkohol tetapi atas asbab terkenal dengan jenama air tinggi ke dengan nama sebagai produk alkohol sebelum ini.

Isu semasa : Adakah Ada Beer Halal?

Tular kini, Isu ‘beer’ Halal atau Arak halal sebenarnya merupakan isu yang sudah lama dan telah dijelaskan dengan mendalam dan terperinci oleh pihak agama Malaysia, JAKIM.

Berkenaan ini, ia adalah benda yang sama, cuma produknya sahaja yang bertukar-tukar seperti kita maklum dari produk tin tiger.

Banyak polemik yang timbul,adakah benar wujudnya Beer Halal atau Arak Halal?. Ada juga berpandanhab ianya adalah salah kerana nama itu sendiri telah salah dan menyeleweng kerana Arak tidak akan pernah Halal dulu, Kini dan Selamanya dalam kamus agama Islam.

Majlis Fatwa Kebangsaan Berhubung Isu Arak

Para netizen meti perlu ketahui dan sedar diri bahawa kita bukanlah pakar dalam hal perkara sebegini dan semestinyalah kita berlapang dada dan serahkan pakar dalam bidang ini yang membicarakan dan menyelesaikan.

Pihak Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan beberapa fatwa berhubung status alkohol dan arak bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Status halal atau haram sesuatu bahan yang menggunakan sebatian alkohol (etanol)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 – 12 April 1984 telah memutuskan bahawa:

  1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak.
  2. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
  3. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  4. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
  5. Tapai halal dimakan.
  6. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

Hasil perbincangan oleh majlis fatwa kebangsaan di atas, dapati adanya perkara yang perlu kita tengok dahulu iaitu punya adalah perbezaan di antara alkohol dan arak. Jadi jelas disini tu hal-hal perkara mengenai halal dan haram yang pertama sekali kita perlu diserahkan kepada pihak yang berautoriti untuk menetapkan sama ada ianya halal atau haram.

Jadi Adakah Air Tin Tiger Boleh Diminum Dan Apakah Hukumnya?

Persoalan mengenai adakah air tin tiger boleh diminum dan apakah hukum meminumnya dianya adalah masih dalam kajian oleh pihak jakim yang mana untuk pengetahuan air tersebut masih tidak mendapat pengiktirafan halal oleh pihak jakim dan kita juga masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak jakim berhubung dengan air tin tiger yang didakwa kosong alkohol.

Untuk semasa hukum meminumnya adalah masih belum dijelaskan ataupun dalam keadaan tidak harus kerana masih belum diputuskan adakah air tersebut boleh diminum oleh umat Islam ataupun tidak. Jadi sebaiknya sebagai umat Islam yang mementingkan perkara halal perlu menjauhkan diri dan tidak sama sekali terlibat dengan air tin tersebut.

Diharapkan umat Islam terus istiqamah dalam melakukan kebaikan dan ketaaatan kepda Allah.