Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Negeri Johor Effective 2021

Permohonan Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Negeri Johor 2021

Permohonan Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Negeri Johor 2021 kini dibuka. Kerajaan Negeri Johor menerusi Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan membuka permohonan bagi Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Negeri Johor Tahun 2021 bagi kategori Kebajikan, Pendidikan (IPTA & IPTS) dan Keusahawanan.

Sila baca syarat kelayakan bagi setiap permohonan dan hantar borang permohonan yang lengkap sebelum atau pada tarikh 15hb Julai 2021. Borang permohonan boleh dimuat turun di bawah mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Kategori Permohonan Bantuan Peruntukan Khas

  1. Kebajikan
  2. Pendidikan (Pelajar IPTA/IPTS) – Skim Bantuan Pendaftaran
  3. Keusahawanan

Lihat Juga: Senarai Bantuan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0

Syarat Permohonan Bantuan Peruntukan Khas

Syarat permohonan adalah berbeza mengikut kategori permohonan.

1. Kebajikan

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Isi rumah berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM2,000.00 sebulan.
  • Mengemukakan penyata akaun bank (1 bulan), slip gaji (3 bulan), dan penyata EPF.
  • Sekiranya ibu bapa atau penjaga pemohon bekerja sendiri, mereka hendaklah mendapat perakuan daripada Pesuruhjaya Sumpah.
  • Semua salinan dokumen mesti diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Pengurusan atau Pemimpin Masyarakat Setempat, Penghulu/Ketua Kampung.

2. Pendidikan (Pelajar IPTA/IPTS) – Skim Bantuan Peruntukan Khas Pendaftaran

  • Warganegera Malaysia dan bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangya 3 tahun.
  • Isi rumah berpendapatan kurang daripada RM 3500.00 sebulan.
  • Mengemukakan penyata akaun bank (1 bulan), slip gaji (3 bulan), dan penyata EPF.
  • Semua permohonan perlu mengemukakan salinan surat tawaran daripada institusi pendidikan yang mengesahkan kemasukan pemohon dalam kursus yang dipilih
    (bagi pelajar pendidikan asas, diploma, dan ijazah), bagi yang bersekolah perlu mengemukakan salinan surat pengesahan pelajar.
  • Sekiranya ibu bapa atau penjaga pemohon bekerja sendiri, mereka hendaklah mendapat perakuan daripada Pesuruhjaya Sumpah.
  • Semua salinan dokumen mesti diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Pengurusan, Pemimpin Masyarakat Setempat, Penghulu/Ketua Kampung.

3. Keusahawanan Bantuan Peruntukan Khas

  • Warganegara Malaysia dan telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 3 tahun dan berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
  • Sedang menjalankan perniagaan milik sendiri atau baru hendak memulakan perniagaan.
  • Pemohon mendapat kelulusan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
  • Satu bantuan bagi satu isirumah.
  • Berpendapatan kurang daripada RM 5000 sebulan.
  • Mengemukakan penyata akaun bank (3 bulan terakhir) dan Surat Akuan Bersumpah.
  • Mengemukakan Kertas Rancangan Perniagaan.
  • Semua salinan dokumen mesti diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Pengurusan, Pemimpin Masyarakat Setempat, Penghulu/Ketua Kampung.

Dapatkan “Borang Permohonan” di sini

Di sini admin nak kongsikan borang tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

8aed6892 fba0 40bf bb14 93f34208ac1b 5

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: 

Maklumat Lanjut

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi 07-266 6031 / 07-266 6012 atau boleh juga rujuk DI SINI.

Semua permohonan haruslah :

  1. Diemelkan kepada: [email protected] atau
  2. Hantar melalui pos sahaja ke alamat:
    Pejabat Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor,
    Aras 3, Bangunan Dato Jaafar Muhammad,

    79555 Iskandar Puteri, Johor.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti di bawah ini:

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Negeri Johor 2021 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Ayuh sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja seperti ahli keluarga, rakan sekerja, dan lain-lain yang berkelayakan untuk memohon!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati