Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik Effective Mei 2021

Pengambilan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Pengambilan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik bagi mengikuti Kursus Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam Sesi 2022. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sedang membuka permohonan bagi pengambilan kali ini sebanyak 400 kekosongan dan 50 simpanan. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 7 Jun 2021 (Isnin), jam 11:59 malam.

Calon-calon yang berjaya menyertai pengambilan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini akan diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Sehubungan itu, pihak SPA telah menetapkan beberapa ciri-ciri keperibadian yang dikehendaki bagi invididu yang ingin menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Keterampilan yang baik
  2. Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  3. Bakat kepimpinan
  4. Ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan

Syarat Lantikan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Mempunyai kelayakan akademik:
    i) Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau

    ii) Memiliki Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atauiii) Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

  4. Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan.
  5. Lulus Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang ditetapkan.
  6. Lulus Profession Assesment Centre (PAC) yang ditetapkan, dan
  7. Hadir dan Lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara dan diperakukan oleh JPA bagi tujuan dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)

  • Terbuka

Dapatkan “Iklan Pengambilan Kadet” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN-SPA9_PG-JPA-KadetPegawaiTadbirdanDiplomatik

Keperluan Tambahan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/kelulusan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah (PhD) yang telah diitiraf oleh Senat Universiti / Jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Cara Permohonan

office 620817 640 4
Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik
  1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
  2. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
  3. Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
  4. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Diharapkan anda semua tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam Pengambilan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang sedang dibuka permohonannya oleh SPA ini. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati