
Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia ini merupakan jawatan yang sedang ditawarkan bermula 20 Mei 2021 sehingga tarikh tutup pada 2 Jun 2021. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan seperti yang disenaraikan di bawah ini. Penempatan bagi kesemua jawatan yang ditawarkan ini adalah di Kampus Tetap USIM di Nilai, Negeri Sembilan.
Senarai Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia
Isi Kandungan
- 1 Senarai Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia
- 1.1 1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 (Kontrak)
- 1.2 2. Penolong Pegawai Tadbir N29 (Kontrak)
- 1.3 3. Juruteknologi Makmal Perubatan U29 (Kontrak)
- 1.4 4. Pembantu Kemahiran (Elektrik) H19 (Kontrak)
- 1.5 5. Pembantu Kemahiran (Paip) H19 (Kontrak)
- 1.6 6. Pembantu Kemahiran (Kayu) H19 (Kontrak)
- 1.7 7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19 (Kontrak)
- 1.8 8. Pengawal Keselamatan KP11 (Kontrak)
- 2 Cara Permohonan
- 3 Maklumat Lanjut
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 (Kontrak)
- Bertanggungjawab membantu Pegawai Teknologi Maklumat dalam membangunkan sistem iaitu membuat pengaturcaraan bagi modul/proses sistem yang diperlukan, menguji sistem-sistem dan program-program yang dibangunkan dan membuat pembetulan (jika perlu), membantu dalam pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem,memberi latihan kepada pengguna sistem, membantu di dalam penyediaan dokumentasi sistem yang dibangunkan serta lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Pengalaman membangunkan sistem menggunakan platform Laravel dan Pangkalan Data EDB Postgress diutamakan.
2. Penolong Pegawai Tadbir N29 (Kontrak)
- Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, pengurusan mesyuarat, pemantauan fail dan rekod, membantu pengurusan dan urus tadbir di Jabatan dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa
3. Juruteknologi Makmal Perubatan U29 (Kontrak)
- Bertanggungjawab menjalankan pendiagnosan sampel-sampel darah, urin, bendalir badan secara profesional, mengesahkan keputusan ujian, mengeluarkan serta menyediakan laporan ujian yang berkualiti, tepat, cepat boleh dipercayai serta memberi khidmat nasihat memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
4. Pembantu Kemahiran (Elektrik) H19 (Kontrak)
- Bertanggungjawab dalam melaksanakan pemeriksaan, pembaikan dan juga tindakan segera ke atas semua aduan yang diterima daripada sistem atau talian.
- Membuat pemeriksaan kerja-kerja kontrak penyelenggaraan lampu jalan utama dan lampu kedudukan tinggi bangunan Zon B, di kampus tetap USIM.
- Membuat pemeriksaan kerja-kerja kontrak penyelenggaraan genset, memantau bekalan elektrik bangunan-bangunan bagi program dalaman USIM dan juga daripada pihak luar.
- Membuat pemeriksaan ke atas kerja-kerja elektrik bagi skop ubah suai kecil bangunan, pejabat-pejabat dan sebagainya serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa oleh ketua Unit atau Penyelia.
5. Pembantu Kemahiran (Paip) H19 (Kontrak)
- Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.
6. Pembantu Kemahiran (Kayu) H19 (Kontrak)
- Bertanggungjawab menyelia dan mengawasi Bengkel Seni Bina dalam aspek keselamatan pelajar dan membantu pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran serta mengawal selia peralatan bengkel.
7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19 (Kontrak)
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi, perkhidmatan kaunter, pengendalian pelaksanaan program dan bimbingan, pengumpulan data serta pengendalian inventori dan alat ujian psikologi.
8. Pengawal Keselamatan KP11 (Kontrak)
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
Cara Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman web E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 20 Mei 2021 (Khamis) hingga 02 Jun 2021 (Rabu).
- Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sebanyak RM10.00 melalui sistem mypayment. Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
Maklumat Lanjut
- Iklan Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia
- Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan jawatan kosong kerajaan yang lain:
- Jawatan Kosong RISDA 2021
- Jawatan Kosong Bukan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
- Jawatan Kosong Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
- Jawatan Kosong Penghantar Notis N11
- Jawatan Kosong Pembantu Operasi N11
- Jawatan Kosong Pembantu Awam H11
- Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan H11
- Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
- Jawatan Kosong Pemeriksa Cap Jari Gred N19
- Jawatan Kosong Pembantu Antidadah Gred S19
- Tawaran Pelbagai Jawatan Kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia ini dapat memberi maklumat lengkap dan bermanfaat kepada anda semua terutamanya para pencari kerja di luar sana. Selamat mencuba dan semoga berjaya!