Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong PSH Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Effective Ogos 2021

Jawatan Kosong PSH Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Jawatan Kosong PSH Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini merujuk kepada tawaran permohonan Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang sedang dibuka sehingga tarikh tutup pada 11 September 2021. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang dinyatakan di bawah ini.

Butiran Jawatan Kosong PSH Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

  • Jawatan: Pegawai Psikologi
  • Kekosongan Jawatan: Dua (2)
  • Taraf Jawatan: Pekerja Sambilan Harian (PSH)
  • Kadar Upah: RM100.00 Sehari (Tertakluk kepada pencapaian KPI harian)
  • Tempoh Perkhidmatan: Tiga (3) Bulan
  • Waktu Bekerja: Sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh Ketua Jabatan.

Syarat Lantikan

office 583841 640
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau
    kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
    atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkah laku berserta Diploma
    Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
    tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Tambahan

Keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran sebagai
Kaunselor daripada Lembaga Kaunselor Malaysia.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

MUAT TURUN: IKLAN-PEKERJA-SAMBILAN-HARIAN-PSH-PEGAWAI-PSIKOLOGI-OGOS-2021

Cara Permohonan

  • Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari
    laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, iaitu www.dbkl.gov.my dan
    permohonan hendaklah dikemukakan secara DALAM TALIAN SAHAJA dengan
    menggunakan Sistem Recruiting DBKL.
  • Calon yang mempunyai Ijazah dan Sijil dari institusi pengajian tinggi swasta atau luar
    negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web
    https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/
  • Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, SPM dan Sijil-sijil bagi jawatan
    berkaitan atau resume sehingga dihubungi untuk temu duga.

Catatan

  • Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
  • Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong PSH Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan pada masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati