Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan H11 Effective Mei 2021

Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan H11

Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan H11 ini merujuk kepada jawatan yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 30 Mei 2021 (Ahad, Jam 11:59 malam). Pengambilan kali ini dibuka sebanyak 68 kekosongan dan 40 simpanan sahaja.

Individu yang dilantik ke jawatan yang ditawarkan ini akan diletakkan di bawah Pejabat Setaiusaha Kerajaan Negeri Sembilan. Sehubungan itu, keutamaan bagi pengambilan jawatan ini diberikan kepada calon anak Negeri Sembilan terlebih dahulu. Pihak SPA telah menetapkan beberapa ciri keperibadian yang dikehendaki terhadap calon-calon yang ingin menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Berketerampilan baik
  2. Bersemangat tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  3. Berbakat dalam kepimpinan
  4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Mempunyai kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan

Deskripsi Tugas Pemandu Kenderaan H11

ff320f03 1974 4eca a191 27bc8c915c25 8

Individu yang dilantik sebagai Pemandu Kenderaan Gred H11 adalah bertanggungjawab menggalas tugas-tugas seperti berikut:

  • melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, dan
  • menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.
  • Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

Jadual Gaji Pemandu Kenderaan H11

Gaji Minimum RM 1,218.00
Gaji Maksimum RM 2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 80.00
  • Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
    Lesen D: RM1,264.15
    Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
    Lesen F/H: RM1,356.45
    Lesen G/I: RM1,402.60

Syarat Lantikan Pemandu Kenderaan H11

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus dalam empat (4) subjek lain termasuk Matematik pada peringkat Sijil Rendah Pelajaran / Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  4. Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
  5. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN-SPA9_PK-SUKNS-PemanduKenderaanGredH11

Cara Permohonan

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa jawatan kosong kerajaan yang lain seperti di bawah:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan H11 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan khususunya dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga, rakan-rakan, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati