Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pemeriksa Cap Jari Gred N19 Effective Mei 2021

Jawatan Kosong Pemeriksa Cap Jari Gred N19

Jawatan Kosong Pemeriksa Cap Jari Gred N19 ini merupakan permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Tarikh tutup bagi permohanan jawatan ini adalah pada 30 Mei 2021 (Ahad, Jam 11:59 malam). Terdapat sebanyak 10 kekosongan dan 20 simpanan yang ditawarkan bagi pengambilan kali ini.

Individu yang dilantik ke jawatan yang ditawarkan ini akan diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Pihak SPA telah menetapkan beberapa ciri keperibadian yang dikehendaki terhadap calon-calon yang ingin menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Berketerampilan baik
  2. Bersemangat tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  3. Berbakat dalam kepimpinan
  4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Mempunyai kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan

Deskripsi Tugas Pemeriksa Cap Jari Gred N19

  • Bertanggungjawab mendaftar penjenayah dan orang-orang yang bersalah.
  • Membuat pemeriksaan identiti penjenayah melalui pemeriksaan cap jari.
  • Mengesahkan identiti penjenayah/si mati/individu.
  • Membantu menyelesaikan kes-kes jenayah dengan mengenal pasti identiti cap-cap jari dari tempat kejadian.
  • Mengeluarkan laporan penjenayah terdahulu untuk mahkamah, mengeluarkan laporan pakar cap jari dan memberi keterangan pakar di mahkamah.
  • Memberi kursus Sains Cap Jari kepada Agensi Penguatkuasa Undang-undang, jabatan kerajaan dan pusat pengajian tinggi.

Jadual Gaji Pemeriksa Cap Jari Gred N19

4e90e071 0fd5 417a bf52 b8bd0859834a 2
Gaji Minimum RM 1,352.00
Gaji Maksimum RM 4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 100.00

Syarat Lantikan Pemeriksa Cap Jari Gred N19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,352.00), atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,408.40), atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1464.80)

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN-SPA9_PK-KDN-PemeriksaCapJariGredN19

Cara Permohonan

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa jawatan kosong kerajaan yang lain seperti di bawah:

Diharapkan perkongsian Jawatan Kosong Pemeriksa Cap Jari Gred N19 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan khususunya dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga, rakan-rakan, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati