Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pembantu Awam H11 Effective Mei 2021

Jawatan Kosong Pembantu Awam H11

Jawatan Kosong Pembantu Awam H11 ini merujuk kepada jawatan yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 30 Mei 2021 (Ahad, Jam 11:59 malam). Pengambilan kali ini dibuka sebanyak 70 kekosongan dan 50 simpanan sahaja.

Individu yang dilantik ke jawatan yang ditawarkan ini akan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Sehubungan itu, keutamaan bagi pengambilan jawatan ini diberikan kepada calon anak Negeri Sembilan terlebih dahulu. Pihak SPA telah menetapkan beberapa ciri keperibadian yang dikehendaki terhadap calon-calon yang ingin menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Berketerampilan baik
  2. Bersemangat tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  3. Berbakat dalam kepimpinan
  4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Mempunyai kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan

Deskripsi Tugas Pembantu Awam H11

9a3a1de1 1c84 4101 a132 c50731f49f46 5
Pembantu Awam

Individu yang dilantik ke jawatan ini adalah bertanggungjawab untuk menggalas tugas-tugas berikut:

  1. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  2. Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  3. Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
  4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

Jadual Gaji Pembantu Awam H11

Gaji Minimum RM 1,218.00
Gaji Maksimum RM 2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 80.00

Syarat Lantikan Pembantu Awam H11

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan

Syarat Kelayakan Akademik

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan empat (4) Lulus termasuk subjek Matematik pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) /Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,218.00)
  • Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia.
    (Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,264.15)

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN-SPA9_PK-SUKNS-PembantuAwamGredH11

Cara Permohonan

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa jawatan kosong kerajaan yang lain seperti di bawah:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pembantu Awam H11 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan khususunya dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga, rakan-rakan, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati