Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Penghantar Notis N11 Effective Mei 2021

Jawatan Kosong Penghantar Notis N11
Penghantar Notis

Jawatan Kosong Penghantar Notis N11 ini merujuk kepada jawatan yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 30 Mei 2021 (Ahad, Jam 11:59 malam). Pengambilan kali ini dibuka sebanyak 9 kekosongan dan 30 simpanan sahaja.

Individu yang dilantik ke jawatan yang ditawarkan ini akan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Sehubungan itu, keutamaan bagi pengambilan jawatan ini diberikan kepada calon anak Negeri Sembilan terlebih dahulu. Pihak SPA telah menetapkan beberapa ciri keperibadian yang dikehendaki terhadap calon-calon yang ingin menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Berketerampilan baik
  2. Bersemangat tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  3. Berbakat dalam kepimpinan
  4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Mempunyai kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan

Deskripsi Tugas Penghantar Notis N11

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penghantaran notis dan dokumen berkaitan kepada semua pihak yang berurusan dengan organisasi.

Jadual Gaji Penghantar Notis N11

Gaji Minimum RM 1,216.00
Gaji Maksimum RM 2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 80.00

Syarat Lantikan Penghatar Notis N11

6fc54d09 2eeb 4e2b 96c4 8cc20274c492 8

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan

Syarat Kelayakan Akademik

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan empat (4) Lulus termasuk subjek Matematik pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) /Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00) atau
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
    (Gaji permulaan pada Gred N11 : RM1,216.00)

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN-SPA9_PK-SUKNS-PenghantarNotisGredN11

Cara Permohonan

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa jawatan kosong kerajaan yang lain seperti di bawah:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Penghantar Notis N11 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan khususunya dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga, rakan-rakan, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati