Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Akademik Universiti Pertahanan Awam Malaysia

Jawatan Kosong Akademik Universiti Pertahanan Awam Malaysia

Jawatan Kosong Akademik Universiti Pertahanan Awam Malaysia (UPNM) ini merujuk kepada penawaran jawatan terkini yang sedang ditawarkan oleh UPNM. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 28 Mei 2021 (Jumaat). UPNM merupakan sebuah Universiti Awam di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan seperti di bawah ini.

Senarai Jawatan Kosong Akademik Universiti Pertahanan Awam Malaysia

Pensyarah Universiti Gred DS51/DS53/VK7 (Pelbagai Bidang)
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan

  • Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan
  • Kepolisan (Kriminologi dan Pengadilan Jenayah / Perisikan dan Penyiasatan)
  • Pengajian Hafazan dan Al-Quran (Ulum dan Tafsir Al-Quran)
  • Fiqh dan Syariah
  • Psikologi dan Kaunseling
  • Media, Komunikasi dan Pengurusan Informasi
  • Undang-undang
  • Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan
  • Pengurusan Bencana, Risiko dan Keselamatan (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
  • Diplomasi, Politik dan Keselamatan Antarabangsa
  • Human Resource Information Technology (HRIT)
file 20230811 154222 1
Jawatan Kosong Akademik Universiti Pertahanan Awam Malaysia

Pensyarah Perubatan Gred DU51/DU53/DU55/VK7 (Pelbagai Bidang)
Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan

  • Anatomi
  • Fisiologi
  • Mikrobiologi
  • Farmakologi
  • Patologi
  • Perubatan Dalaman
  • Pediatrik
  • Pembedahan Am
  • Obstetrik & Ginekologi
  • Perubatan Komuniti
  • Otorinolaringologi
  • Kesihatan Awam / Perubatan Ketenteraan

Syarat-syarat Utama Jawatan Kosong Akademik Universiti Pertahanan Awam Malaysia

Keutamaan diberi kepada calon mempunyai kelayakan berikut:

  1. Berdaftar dengan National Specialist Register (NSR) bagi Pensyarah Perubatan.
  2. Mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
  3. Mempunyai pengalaman industri.
  4. Mempunyai pengiktirafan badan profesional.
  5. Aktif dalam penerbitan jurnal dan artikel berimpak tinggi.

Syarat-syarat Umum Jawatan Kosong Akademik Universiti Pertahanan Awam Malaysia

  1. Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan Awam berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
  2. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan Ijazah dari Unit Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia).

Syarat-syarat Tambahan Jawatan Kosong Akademik Universiti Pertahanan Awam Malaysia

Pemohon perlu mempunyai kesihatan tubuh badan yang diperakui sihat oleh Pegawai Kesihatan dan boleh melakukan aktiviti di luar waktu kerja di samping aktif dalam aktiviti sukan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

POSTER IKLAN 2022
Jawatan Kosong Akademik Universiti Pertahanan Awam Malaysia


Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN_AKADEMIK_DAN_BUKAN_AKADEMIK_UPNM2021

Cara Permohonan Jawatan Kosong Akademik Universiti Pertahanan Awam Malaysia

  1. Pemohon perlu melalui sistem e-recruitment UPNM. Sila daftar login anda di alamat:
    http://erecruitment.upnm.edu.my dan lengkapkan maklumat permohonan dan resume anda secara dalam talian. Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga; dan
  2. Permohonan daripada pegawai/anggota yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau
    Badan Berkanun perlu mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan
    mengemukakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini, salinan Buku Perkhidmatan yang dikemas kini dan salinan dokumen/sijil seperti di atas.
  3. Bagi permohonan untuk jawatan akademik, pemohon juga perlu mengisi Borang
    Permohonan Jawatan Akademik (UPNM.PEND.HRM.001). Borang tersebut boleh didapati di laman web http://pendaftar.upnm.edu.my . Borang yang lengkap diisi perlu di sertakan bersama salinan yang disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A) bagi dokumen/sijil berikut:
    a) Resume terkini
    b) Kad Pengenalan
    c) Sijil-sijil Akademik (SPM/STPM/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD)
    d) Sijil-sijil Ko-kurikulum / Penglibatan NGO
    e) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada majikan (bagi pekerja swasta / industri)
    f) Slip gaji terakhir (jika masih berkhidmat)
    Satu set permohonan yang telah lengkap hendaklah diposkan ke alamat seperti berikut:
    Unit Perjawatan, Pengambilan dan Laluan Kerjaya (Akademik)
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Pejabat Pendaftar
    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
    Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
  4. Jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kiri sampul surat
  5. Sila kemukakan pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.
  6. Hanya pemohon yang memenuhi syarat skim, layak selepas tapisan dan di senarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  7. UPNM tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temu duga.

Maklumat Lanjut Mengenai Jawatan Kosong Akademik Universiti Pertahanan Awam Malaysia

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:

Peringatan Mesra

Permohonan yang tidak lengkap serta lewat diterima dan tidak memenuhi syarat tidak akan
diproses dan dianggap tidak berjaya.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa jawatan kosong kerajaan yang lain seperti di bawah:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Akademik Universiti Pertahanan Awam Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada anda semua yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang sedang ditawarkan ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga, rakan-rakan, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati