Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Bukan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Effective Mei 2021

Jawatan Kosong Bukan Akademik UPNM

Jawatan Kosong Bukan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ini merujuk kepada jawatan kosong terkini yang sedang ditawarkan oleh UPNM. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 28 Mei 2021 (Jumaat). UPNM merupakan sebuah Universiti Awam di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa calon yang berkelayakan (warganegara sahaja) untuk mengisi jawatan seperti di bawah ini.

Senarai Jawatan Bukan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Pengurusan dan Profesional

  1. Pegawai Perubatan Gred UD43 (Tetap)
  2. Jurutera Gred J41 (Kontrak)
  3. Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak)
  4. Pustakawan Gred S41 (Kontrak / Tetap)

Pelaksana

  1. Penolong Pegawai Sains Gred C29 (Kontrak / Tetap)
  2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 (Kontrak / Tetap)
  3. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Kontrak)
  4. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 (Kontrak)
  5. Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 (Tetap)
  6. Jurufotografi/Juruvideo Gred B19 (Kontrak)
  7. Pembantu Keselamatan Gred KP19 (Kontrak)
  8. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19 (Tetap)
  9. Pengawal Keselamatan Gred KP11 (Kontrak)

Syarat Lantikan

Untuk paparan lampiran (syarat lantikan), sila daftar dan log masuk ke sistem e-recruitment.

Penetapan Gaji Permulaan

Gaji permulaan adalah mengikut skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa.

Imbuhan dan Elaun Berkaitan (Berdasarkan Gred Skim Perkhidmatan)

Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan / Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN_AKADEMIK_DAN_BUKAN_AKADEMIK_UPNM2021

Cara Permohonan Jawatan Bukan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  1. Pemohon perlu melalui sistem e-recruitment Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Sila daftar login anda di alamat:
    http://erecruitment.upnm.edu.my dan lengkapkan maklumat permohonan dan resume anda secara dalam talian. Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga; dan
  2. Permohonan daripada pegawai/anggota yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau
    Badan Berkanun perlu mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan
    mengemukakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini, salinan Buku Perkhidmatan yang dikemas kini dan salinan dokumen/sijil seperti di atas.
  3. Sila kemukakan permohonan pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.
  4. Hanya pemohon yang memenuhi syarat skim, layak selepas tapisan dan di senarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  5. UPNM tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temu duga.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:

Peringatan Mesra

Permohonan yang tidak lengkap serta lewat diterima dan tidak memenuhi syarat tidak akan
diproses dan dianggap tidak berjaya.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa jawatan kosong kerajaan yang lain seperti di bawah:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Bukan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada anda semua yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang sedang ditawarkan ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga, rakan-rakan, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati