Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong RISDA 2021

Jawatan Kosong RISDA
Jawatan Kosong RISDA

Jawatan Kosong RISDA 2021 ini merujuk kepada jawatan kosong terkini yang sedang dibuka. Permohonan jawatan yang ditawarkan oleh RISDA ini mengalu-alukan warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan berkelayakan untuk memohon sehingga tarikh tutup pada 28 Mei 2021.

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-

  1. Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA adalah Akta 85 Tahun 1972
  2. Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara.

Pihak RISDA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan, antaranya ialah:

  1. Mempunyai kelayakan/profesionalisma
  2. Mempunyai semangat yang tinggi untuk bekerja dalam kumpulan
  3. Mempunyai bakat kepimpinan
  4. Mempunyai jati diri yang cemerlang
  5. Mempunyai keterampilan yang baik
  6. Mempunyai nilai tambah (add-on value) kendiri yang bersesuaian dengan kelayakan minimum bagi jawatan seperti yang dinyatakan di bawah ini.

Senarai Jawatan Kosong RISDA 2021

1. Pengurus

  • Gaji: RM2,931.00 – RM7,576.80
  • Taraf: Kontrak
  • Kekosongan: Dua (2) kekosongan di seluruh negara
  • Kelayakan dan Pengalaman: Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Eksekutif

  • Gaji: RM1,842.00 – RM4,866.40
  • Taraf: Kontrak
  • Kekosongan: Satu (1) kekosongan di seluruh negara
  • Kelayakan dan Pengalaman: Memiliki Diploma Sains Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN JAWATAN KOSONG RISDA PG4 DAN EG4

Cara Permohonan

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara bersurat dengan menyertakan resume, salinan sijil akademik, sijil kemahiran, salinan kad pengenalan, sekeping gambar berukuran saiz passport, serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
  2. Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat permohonan dan dialamatkan kepada:
    Ketua Pegawai Eksekutif
    RISDA Semaian dan Landskap Sdn. Bhd.
    No.8, Jalan Wawasan 2/12,
    Bandar Baru Ampang,
    68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
    (U/P: Ketua Jabatan Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia)

Senarai jawatan kerajaan yang lain:

Diharapkan perkongsian Jawatan Kosong RISDA 2021 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan. Selamat mencuba!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati