Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan e-Wallet Bingkas RM300 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan e-Wallet Bingkas RM300 Untuk Rakyat Malaysia
Bantuan e-Wallet Bingkas

Bantuan e-Wallet Bingkas RM300 Untuk Rakyat. Assalamualaikum wbt, maklumat terkini  Permohonan Bantuan BINGKAS e-Wallet RM300 bulanan diteruskan tahun 2023 | Semak Kelayakan Anda!. Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha sedaya upaya dalam memberi bantuan kepada mereka-mereka yang merupakan penduduk Negeri Selangor yang tergolong dalam kumpulan yang memerlukan. Pelbagai cara bantuan dan inisiatif telah diiklankan oleh pihak Kerajaan Selangor sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan demi meringankan beban kewangan rakyat.

Kata Dato’ Seri Amirudin bin Shari yang merupakan Menteri Besar Selangor ada menyebutkan mengenai bantuan BINGKAS “Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik. Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.”

Bagi anda yang berminat  untuk menambah maklumat dan perkembangan semasa di dalam negara lagi-lagi dengan pengumuman penting yang baharu daripada kerajaan atau maklumat terkini, bagi memudahkan anda mendapat liputan daripada kerajaan sertai Telegram saluran pantas mengenai pengumuman rasmi kerajaan.

hand 1331323 640
Bantuan e-Wallet Bingkas

Bantuan e-Wallet Bingkas RM300 Untuk Rakyat Malaysia 

Apakah itu BINGKAS?

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS adalah merupakan bantuan kewangan yang memfokuskan kepada penduduk Negeri Selangor. Sewaktu dalam Belanjawan yang telah dibentangkan pada 26 November 2021, Kerajaan Negeri Selangor telahpun mempublikasikan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS.

Apakah Tujuan Wujudnya BINGKAS?

Tujuan wujudnya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS adalah berusaha untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi penduduk-penduduk berkeluarga yang menetap di Selangor dan menguatkan lagi kecekalan keluarga agar dapat mengurangkan lagi pendedahan terhadap cabaran ekonomi di masa kini, apalagi sewaktu pasca pandemik COVID-19, BINGKAS bakal menyampaikan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk di Negeri Selangor.

Sewaktu pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2023, kata Dato’ Seri Amirudin bin Shari(Dato’ Menteri Besar Selangor) “Program BINGKAS akan diteruskan pada tahun 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM 108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak…”.

Oleh demikian itu, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor(BINGKAS) akan berusaha sebaik mungkin dalam meringankan beban kewangan rakyat dan akan menolong ketua-ketua keluarga dalam membeli barangan keperluan asas termasuklah alatan pendidikan untuk pelajar supaya nilai kualiti hidup rakyat negeri Selangor terus aman damai dan makmur.

Jumlah Bantuan E-Wallet 

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor(BINGKAS) telah pun ditetapkan kadar bantuan yang berbentuk e-Wallet adalah sebanyak RM 300 di mana pengguna dapat menggunakannya untuk membeli barang keperluan seharian di pasaraya-pasaraya yang telah pun berdaftar.

Oleh yang demikian itu, segala urusan perbelanjaan permbelian akan melalui cara cashless iaitu pembelian tanpa tunai dan jumlah e-Wallet akan diextrakan nilai ke tahap RM 300 pada setiap bulan secara automatik.

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Memohon?

Bagi anda yang berminat untuk memohon, anda perlulah mengetahui syarat-syarat kelayakan tersebut dan syarat-syarat kelayakan ini adalah ditetapkan daripada Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor(BINGKAS).

  • Anda mestilah merupakan warganegara Malaysia
  • Anda juga mestilah lahir di negeri Selangor ataupun telah bertempat tinggal di negeri Selangor melebihi 10 tahun
  • Anda juga merupakan pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Anda merupakan keluarga yang memiliki tanggungan yang mana tanggungan tersebut berusia tidak melebihi 18 tahun ke atas(tanggungan mesti berusia 18 tahun ke bawah)
  • Pendapatan bulanan isi rumah anda perlulah RM3,000 sebulan.

Baca juga:

Kategori Penerima Sumbangan Tunai Rahmat STR 2023

Inisiatif Payung Rahmah: Senarai Bantuan untuk Golongan B40

Bagaimanakah Cara Membuat Permohonan BINGKAS?

Apabila anda telah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah diberikan, maka anda perlulah segera membuat permohonan dan permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) tanpa perlu membuat permohonan secara fizikal. Anda boleh merujuk di Sistem Pendaftaran BINGKAS.

Bagi pemohon untuk selanjutnya perlulah menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap seperti berikut:

  1. Pemohon perlu menyediakan Salinan Kad Pengenalan sama ada (Pemohon dan/atau Pasangan)
  2. Pemohon juga perlu menyediakan Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  3. Selain itu, pemohon juga perlu menyediakan salinan Sijil Kematian / Perceraian atau pun Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  4. Pemohon perlu sediakan Salinan Slip Gaji atau Pencen Terkini (untuk penjawat awam atau pesara)
  5. Salinan Penyata EA atau KWSP (bagi pekerja swasta) juga perlu bagi pemohon menyediakannya
  6. Pemohon juga perlu beri perhatian mengenai dokumen Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (untuk yang bekerja sendiri atau tidak bekerja)

Informasi sempurna dan maklumat lengkap berkaitan permohonan Bingkas anda bolehlah merujuk di Portal Rasmi di Bawah:

Portal Bingkas

Cara Daftar:
  • Log in akaun anda dengan menggunakan link diatas, jikalau anda pemohon baharu bolehlah buat tekan di Pemohon baharu di link diatas juga
  • Setelah log in, anda mestilah mengisi segala maklumat yang dikehendaki bagi menentukan anda layak atau tidak.

Selain dari bantuan BINGKAS ini, terdapat banyak lagi bantuan lain yang bakal dilaksanakandan sudah terlaksana hanya untuk dimohon sahaja pada tahun 2023. Sekiranya anda terlepas pandang atau tidak tahu berkenaan info bantuan kerajaan, anda boleh lihat dan semak senarai bantuan tahun 2023 yang mungkin berkelayakan untuk anda mohon di laman utama kami

   Daftar Disini 

TIP JIMATKAN WANG BELANJA HARIAN

DENGAN situasi ekonomi Malaysia yang tengah menjunam sekarang, adalah lebih baik kita berjimat cermat daripada kerap berbelanja.

Sebelum bertindak salahkan kerajaan yang memerintah, cuba perhatikan diri sendiri dahulu. Tak ada siapa dapat berubah, kecuali orang itu bertindak mengubah diri sendiri. Jom cekidaut tip ini:

  • Pelan makanan harian

Pernah tak kita kira jumlah belanja harian untuk makanan sahaja (breakfast, lunch, dan dinner)? Ramai yang masa “lunch” sahaja, dah telan kos dekat RM10. Belum lagi campur dengan kos sarapan dan makan malam (silap-silap lebih RM30 – RM50 sehari). Inilah realitinya harga makanan dah semakin mahal. Jadi bawalah bekal daripada rumah adalah satu strategi yang boleh kita gunakan untuk berjimat. Cuba kita bayangkan, kita boleh jimat hingga RM50 seminggu. Cuma perlu keluarkan kos untuk memasak di rumah sahaja. Kalau sebulan boleh simpan RM50 seminggu, berapa banyak kita boleh kumpul? Selain selamatkan dompet, ia juga dapat menjamin kesihatan kita. Makanan yang dimasak kat rumah lebih bersih dan sihat. Kita boleh dapat 2 kelebihan dalam satu masa. Best kan?

  • Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan

Mungkin tip ini agak leceh untuk kita buat, tapi tak semua orang suka simpan resit, atau merekod (menulis) setiap perbelanjaan dalam buku nota dan tak perlu terkejut.

Setiap perbelanjaan kecil adalah sebab utama yang selalu koyakkan bajet kita. Cuba perhatikan semula. Adakah kita selalu beli air mineral, kopi, snek seperti gula-gula, atau sebagainya. Cuba jumlahkan kos ini semua itu berapa jumlahnya untuk tempoh sebulan? Dan untuk kes biasa, jumlah ini tak sikit dan mampu kacau kesihatan kewangan kita.

Semoga Dipermudahkan Bantuan E-Wallet RM300 

Admin berharap sahabat semua dipermudahkan  urusana untuk memohon Bantuan e-Wallet Bingkas RM300 Untuk Rakyat Malaysia untuk Tahun 2023 .

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati