Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Undang-undang) L19 Effective Mei 2021

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Undang-undang) L19

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Undang-undang) L19 ini merujuk kepada tawaran kerja kosong terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 6 Jun 2021 (Ahad), jam 11:59 malam. Terdapat sebanyak 45 kekosongan dan 210 simpanan yang sedang dibuka bagi pengambilan kali ini.

Individu yang dilantik ke jawatan Pembantu Tadbir (Undang-undang) L19 ini akan diletakkan di bawah Mahkamah Persekutuan/Malaysia. Sehubungan itu, pihak SPA telah menetapkan beberapa ciri keperibadian yang dikehendaki terhadap calon-calon yang ingin menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Berketerampilan baik
  2. Bersemangat tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  3. Berbakat dalam kepimpinan
  4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Mempunyai kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Undang-undang) L19

407746158 10232254296158302 8289176253245446920 n
  • Bertanggungjawab menemu duga pelanggan dan mengambil butiran diri pelanggan untuk membuat catatan penyiasatan dan membuat ujian kemampuan.
  • Bertindak sebagai kerani litigasi yang membantu pegawai membuat siasatan berkaitan dengan dokumen yang dikemukakan oleh anak guam.
  • Menjawab panggilan telefon atas urusan-urusan rasmi berkaitan kes-kes sivil.
  • Membuat pendaftaran kes ke dalam Case Management System (CMS).
  • Menyediakan laporan bulanan statistik kes.

Jadual Gaji Pembantu Tadbir (Undang-undang) L19

Gaji Minimum RM 1,355.00
Gaji Maksimum RM 4,007.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 100.00

Syarat Lantikan Pembantu Tadbir (Undang-undang) L19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred L19 : RM1,355.00) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred L19 : RM1,411.40) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred L19 : RM1,467.80)

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN-SPA9_PK-MAHKAMAH-PembantuTadbir_UndangUndangGredL19

Cara Permohonan

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa jawatan kosong kerajaan yang lain seperti di bawah:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Undang-undang) L19 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan khususnya dalam sektor perkhidmatan awam. Ayuh, mohon segera sebelum tamat tempoh!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati