Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pembantu Antidadah Gred S19 Effective Mei 2021

Jawatan Kosong Pembantu Antidadah Gred S19

Jawatan Kosong Pembantu Antidadah Gred S19 ini merupakan permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan Pembantu Antidadah Gred S19 ini adalah pada 30 Mei 2021 (Ahad, jam 11:59 malam). Terdapat sebanyak 20 kekosongan dan 50 simpanan yang ditawar khusus untuk jawatan ini.

Individu yang dilantik ke jawatan yang ditawarkan ini akan diletakkan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan. Pihak SPA telah menetapkan beberapa ciri keperibadian yang dikehendaki terhadap calon-calon yang ingin menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Berketerampilan baik
  2. Bersemangat tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  3. Berbakat dalam kepimpinan
  4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Mempunyai kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan

Deskripsi Tugas Pembantu Antidadah Gred S19

Bertanggungjawab dalam mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, pencegahan, dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah.

Jadual Gaji Pembantu Antidadah Gred S19

laptop 820274 640 8
Pembantu Antidadah
Gaji Minimum RM 1,352.00
Gaji Maksimum RM 4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 100.00

Syarat Lantikan Pembantu Antidadah Gred S19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,352.00), atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,408.40), atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1464.80)

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN-SPA9_PK-AADK-PembantuAntidadahGredS19

Cara Permohonan

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa jawatan kosong kerajaan yang lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pembantu Antidadah Gred S19 ini bermanfaat kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda digalakkan untuk berkongsi artikel ini kepada sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati