Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Perbadanan Produktiviti Malaysia Effective Mei 2021

Jawatan Kosong Perbadanan Produktiviti Malaysia
Perbadanan Produktiviti Malaysia

Jawatan Kosong Perbadanan Produktiviti Malaysia atau Malaysia Productivity Corporation (MPC) merujuk kepada penawaran jawatan terkini yang sedang ditawarkan. MPC sedang menawarkan lima (5) jawatan yang berbeza dan tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Jun 2021. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan adalah dialukan-alukan untuk memohon jawatan kosong seperti di bawah ini.

Senarai Jawatan Kosong Perbadanan Produktiviti Malaysia

1. Penolong Pengurus Gred E41 (Kontrak)

  • Gaji: RM2,083.00 – RM9,549.00
  • Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman di dalam latihan dan penyelidikan serta memiliki Ijazah dalam bidang Ekonomi, Teknologi Maklumat, Produktiviti dan Kualiti, Statistik, Perakaunan, Kejuruteraan, Polisi Awam dan Undang-undang.
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi  dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris.
  • Memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif atau CGPA 3.0 ke atas di Institusi Pengajian Tinggi.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya Band 3 dan ke atas dalam MUET (Malaysian University English Test).
  • Mempunyai Body Mass Index (BMI) yang normal (18.5 – 24.9).
  • Pace larian dalam 5km tidak melebihi pace 9 (45 minit bagi larian 5 km). Sila kongsikan satu bukti larian dalam tempoh 3 bulan yang lepas.

2. Juruteknik Komputer Gred FT19 (Kontrak)

  • Gaji: RM1,377.00 – RM4,052.00
  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

3. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 (Kontrak)

  • Gaji: RM1,352.00 – RM4,033.00
  • Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail.
  • Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.

4. Pembantu Kemahiran Gred H19 (Kontrak)

  • Gaji: RM1,377.00 – RM4,052.00
  • Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pemasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 (Kontrak)

  • Gaji: RM1,352.00 – RM4,033.00
  • Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Manfaat / Kelebihan yang Disediakan

  1. Sumbangan dalam EPF & SOCSO.
  2. Ganjaran Perubatan.
  3. Kenaikan Gaji Tahunan.
  4. Cuti Rehat Tahunan.
  5. Lain-lain kemudahan yang berkuatkuasa mengikut pekeliling Kerajaan.

Cara Permohonan

  1. Permohonan perlu dilakukan secara dalam talian menerusi https://mpchr.is-hiring.com/ dengan mengemukakan resume terkini dengan semua maklumat yang lengkap.
  2. Setiap permohonan/resume perlu disertakan sekeping gambar berukuran passport (pada resume), salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan.
    – Kad Pengenalan
    – Ijazah berserta Transkrip dan Surat Akuan Pengiktirafan daripada MQA atau JPA
    – Sijil-sijil seperti PMR, SPM, STPM
    – Sijil-sijil lain yang berkaitan
  3. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A.
  4. Permohonan yang tidak lengkap / tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong ini boleh dirujuk menerusi:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa jawatan kosong yang lain seperti berikut:

c8b85765 d9e7 4175 865e 2b28f8c6d5a0 3
Perbadanan Produktiviti Malaysia

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Perbadanan Produktiviti Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati