Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Effective Mei 2021

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N19

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 ini merujuk kepada jawatan yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 6 Jun 2021 (Ahad, Jam 11:59 malam). Pengambilan kali ini dibuka sebanyak 34 kekosongan dan 40 simpanan sahaja.

Individu yang dilantik ke jawatan yang ditawarkan ini akan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Sehubungan itu, keutamaan bagi pengambilan jawatan ini diberikan kepada calon anak Negeri Sembilan terlebih dahulu. Pihak SPA telah menetapkan beberapa ciri keperibadian yang dikehendaki terhadap calon-calon yang ingin menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Berketerampilan baik
  2. Bersemangat tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  3. Berbakat dalam kepimpinan
  4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Mempunyai kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Jadual Gaji Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

Gaji Minimum RM 1,352.00
Gaji Maksimum RM 4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 100.00

Syarat Lantikan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN-SPA9_PK-SUKNS-PembantuTadbir_PerkeranianOperasiGredN19

Cara Permohonan

notes 4784912 640 1

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa jawatan kosong kerajaan yang lain seperti di bawah:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan khususnya dalam sektor perkhidmatan awam. Ayuh, mohon segera sebelum tamat tempoh!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati