Bicara Guru : Dua Jenis Insuran Rumah MRTT Dan MLTT, Apakah Perbezaannya? Yang Manakah Lebih Baik. Tahukah anda bahawa terdapat 2 jenis insuran rumah iaitu perlindungan aset yang patut anda ambil tahu. Malangnya ramai yang masih lagi tak tahu mengenai perkara ini.
Perenggan 1. 2@3 ayat
Bicara Guru : Dua Jenis Insuran Rumah MRTT Dan MLTT, Apakah Perbezaannya? Yang Manakah Lebih Baik
Isi Kandungan
Baru-baru ini tersebar satu artikel tentang perbezaan Insuran MRTT dan MLTT di Facebook yang ditulis oleh Ahmad Humaizi, seorang perunding kewangan yang mana artikel tersebut elok untuk dikongsi bersama.
Masa ambil loan, bank akan meyakinkan anda untuk mengambil insuran jenis MRTT berbanding MLTT kerana mereka mendapat keuntungan daripada itu. Tapi kenapa ada yang mengesyorkan MLTT berbanding MRTT? Jom ikuti penerangan ini.
Apa Itu MRTT
Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) adalah produk insurans Takaful yang direka khas untuk menyediakan sokongan kewangan sekiranya terjadi kea kecacatan kekal/total parmanent disability (TPD) atau kematian.
maksudnya, jika jumlah pinjaman perumahan anda berkurangan, perlindungan yang disediakan oleh MRTT juga akan berkurangan – itulah yang dimaksudkan dengan ‘mortgage reducing’ (pengurangan gadai janji) dalam MRTT.
Pembayaran untuk yuran insurans Takaful adalah dibuat sekaligus (lump-sum) pada masa pembelian, dan biasanya sebahagian atau jumlah penuh boleh dibayar menggunakan pinjaman perumahan.
Untuk kes kematian, MRTT boleh digunakan untuk membayar baki jumlah pinjaman perumahan anda, yang mana ia dibayar terus kepada institusi kewangan seperti bank yang memberi pinjaman.
Maksudnya, ada jaminan kestabilan kewangan dan ketenangan fikiran untuk kesayangan anda walaupun sedang berhadapan dengan keadaan yang sangat sukar.
Apa itu MLTT?
Mortage level term takaful (MLTT) adalah direka untuk memberikan jaminan kewangan keluarga anda, sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal.
walaubagaimanapun, jumlah yang akan dilindungi oleh takaful jenis ini akan kekal sepanjang tempoh pelan insuan diambil – itulah yang dimaksudkandengan ‘level term takaful’
Lebihan daripada jumlah yangdah dibayar untuk insuran akan diberi terus kepada penerima manfaat (beneficiary).
Ini bermaksud, MLTT juga menyediakan kewangan tambahan pada keluarga dan yang tersayang selain dari melindungi nilai pinjaman perumahan.
Ringkasan Perbezaan MRTT Dan MLTT?
- MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja
- MLTT pula satu “mechanism transfer of risk”
Penerangan :
Sebagai contoh jika seseorang membeli rumah beharga RM297,000. Selepas 7 tahun pemilik rumah tersebut meninggal dengan baki pinjaman tinggal RM160,000.
Jika ambil MRTT, bank hanya membayar lebihan baki pinjaman sahaja iaitu RM160,00. Rumah tersebut akan dapat kepada isteri. Maka waris perlu agihkan kepada waris faraid sebab hak isteri mengikut faraid keatas rumah tersebut hanyalaj 1/8 sahaja.
Sebaliknya jika ambil MLTT waris akan terima pampasan RM297,00. Baki pinjaman RM160,000 dapat dilunaskan. Kelebihannya adalah, rumah tersebut akan dapat kepada isteri, lebihan sebanyak RM137,000 untuk isteri. Baki RM137,000 boleh dibayar kepada waris faraid untuk jadikan rumah hak milik isteri sepenuhnya.
Secara automatik, ia menjadi hibah kepada waris kita! Itulah kelebihan MLTT ini dia termasuk dengan hibah kepada waris kita.
Selain itu juga, MLTT ianya boleh jadi tempat pelaburan selain menjadi perlindungan untuk aset kita.
Lagi satu kelebihan MLTT, jika berlaku penyakit kritikal atau lumpuh ketika dalam tempoh pinjaman tu, caruman MLTT jadi free, dah tak perlu bayar lagi. Sebaliknya jika ambil insuran MRTT masih jalan seperti biasa.
Kesimpulannya jika ambil MLTT, anda akan dapat perlindungan rumah, dapat hibah dan saving pun dapat. Jadi fikir-fikirkanlah sebelum membuat keputusan.