Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Resepi Popia Carbonara Mudah, Kegemaran Anak-Anak

Resepi Popia Carbonara Mudah, Kegemaran Anak-Anak
Resepi Popia Carbonara Mudah, Kegemaran Anak-Anak

Anak anda tidak selera makan nasi? Pasti pening kepala memikirkan menu untuk anak anda kan? Jom kita pikat selera anak dengan resepi popia carbonara ini..

Resepi Popia Carbonara Mudah, Kegemaran Anak-Anak

Bahan-bahan

️Bahan inti:
 
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 paket isi ketam
1 tin cendawan
1 cawan ayam
1/2 lobak merah
1 botol sos Prego carbonara atau 2 tin sos Prego (yang ini lebih sedap berbanding dalam botol)
Garam
Gula
Perasa
1 sudu besar minyak masak
 

️Cara-cara

 

1.Semua bahan dipotong dadu.
2.Tumis bawang putih, bawang merah bersama minyak masak je.
3. Masukkan isi ayam, sos Prego, isi ketam, cendawan, dan lobak merah.
4. Perasakan dengan garam, gula, dan perasa. Masak hingga pekat. Sejukkan dalam peti ais, kemudian baru boleh menggulung.
5. Ambil sehelai kulit popia, letakkan inti tetapi jangan letak banyak sangat supaya kulit popia akan menjadi cantik.
 
 
2 4
 
6. Kemudian gulungkan. Gam menggunakan bancuhan tepung gandum dan sedikit air di hujung popia.
7. Goreng dalam minyak panas pada api perlahan. Popia akan cantik apabila digoreng. Siap.
 
 
4 5
.
 
Menarik dan mudah bukan? jom cuba!
.
 
Kredit resepi: Ida Zaida

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati