Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong SPP Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 11 hingga Gred 19

Jawatan Kosong SPP Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 11 hingga Gred 19
Jawatan Kosong SPP

Jawatan Kosong SPP Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 11 hingga Gred 19 bagi tahun 2021. Kekosongan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ini merangkumi pengambilan di seluruh negara. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 21 Jun 2021 (Isnin). Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun adalah dialu-alukan untuk memohon mana-mana jawatan yang disenaraikan di bawah ini.

Senarai Jawatan Kosong SPP

  1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
  2. Pembantu Pengurusan Murid N19
  3. Pegawai Khidmat Pelanggan N19
  4. Penyelia Asrama N19
  5. Pembantu Makmal N19
  6. Pembantu Operasi N11
  7. Pemandu H11

Syarat Umum Permohonan Jawatan Gred 19

33db04ba 3c39 49a5 9eb9 97e933fed168
Jawatan Kosong SPP
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup jawatan.
  • Memiliki Kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus.
  • Kepujian (Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.

Syarat Umum Permohonan Jawatan Gred 11

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup jawatan.
  • Memiliki Kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya Lulus dalam empat mata pelajaran lain termasuk mata pelajaran Matematik.

Butiran Maklumat Setiap Jawatan

Sila rujuk gambar di bawah ini untuk sebarang maklumat berkenaan jawatan, syarat umum, syarat khusus, dan juga gaji minimum – maksimum.

Iklan AKP 2021 Main

Dapatkan “Maklumat Bilangan Kekosongan Mengikut Jawatan” di sini

Di sini admin nak kongsikan maklumat bilangan kekosongan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: Maklumat_Kekosongan_Jawatan_SPP_2021

Cara Permohonan

Pemohon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan ini perlulah mengikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

  1. Mula membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan rasmi Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan mySPP.
  2. Pemohon perlu mengisi 12 digit nombor kad pengenalan pada bahagian MyID.
  3. Pemohon perlu mengisi kata laluan sebelum menekan butang log masuk.
  4. Seterusnya, pemohon perlu melengkapkan segala butiran yang diperlukan sebelum menghantar permohonan.
  5. Sekiranya pemohon merupakan pengguna kali pertama, anda perlulah membuat ‘Daftar Akaun Baharu’ terlebih dahulu.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong SPP Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 11 Hingga Gred 19 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan khususnya dalam sektor perkhidmatan awam. Ayuh, mohon segera sebelum tamat tempoh!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati