PRU15 : Cara Semak Tempat Mengundi Anda l Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Berikutan pengumuman baharu daripada Perdana Menteri mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kini, anda boleh membuat semakan daftar pemilih dalam masa terdekat bagi mengetahui tempat mengundi anda tika berlansungnya PRU yang ke-15.
RUJUK : Parlimen Dibubar Hari Ini | Bersedia Untuk Menghadapi PRU-15
Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen.
Isi Kandungan
Jelas disini, PRU-15 mesti diadakan sebelum 9 Disember 2022 iaitu dalam tempoh 60 hari darpada pembubaran parlimen.
Bagi membuat persediaan mengundi anda bagi PRU15, anda boleh ikuti maklumat daripada SPR dibawah.
Cara Semak Tempat Mengundi Anda l Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Cara Membuat Semakan Bagi Mengetahu Tempat Mengundi
Anda boleh membuat semakan bagi mengetahu tempat mengundi anda pada PRU15 melalui cara berikut:
- Portal MySPR
- Aplikasi MySPR
- Hotline SPR
Anda boleh membuat semakan melalui 3 cara diatas. Bagi memudahkan urusan anda, kami menyediakan khas kepada anda, cara-cara untuk membuat semakan berdasarkan cara diatas.
Semakan Tempat Mengundi PRU15 Melalui Portal MYSPR
Berikut merupakan cara untuk membuat semakan melalui portal rasmi SPR , MYSPR:
- Sila layari laman portal rasmi SPR : https://mysprsemak.spr.gov.my/
- Kemudia klik pada pilihan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
- Sila masukkan No. Kad Pengenalan anda (cth: 99xxxxxxxxxxx) / No. Perkhidmatan Tentera (cth: Txxxxxx)/ No. Perkhidmatan Polis (cth:RFxxxxxxx/RFSxxxxxx/Gxxxxxxxx). (Tanpa atau jarak)
- Anda perlu memasukkan aksara captcha (4 angka) terlebih dahulu.
- Sila semak maklumat peribadi anda dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut;• Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh anda, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;• Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.
Semakan Daftar Pemilih Di Aplikasi MySPR Semak
Terdapat cara yang mudah bagi anda untuk membuat semakan, anda juga boleh menggunakan aplikasi rasmi MySPR yang menampilkan kemudahan dan maklumat penting secara pantas. Rujuk cara-cara dibawah:
1. Sila Muat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:
- Apple Store: Download Aplikasi MySPR
- Google Play: Download Aplikasi MySPR
2. Sila isi nombor kad pengenalan anda yang berjumlah 12 angka
3. Kemudian masukkan aksara captcha (4 angka)
4. Semak maklumat peribadi anda dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut;
• Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;
• Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.
Semakan Daftar Pemilih Melalui Talian Hotline SPR
Anda boleh hubungi 03-88927018 untuk semakan melalui talian telefon. Ia merupakan cara mudah bagi anda yang boleh dapatkan input dengan pantas dan mudah.
Inisiatif Yang Diambil Oleh SPR Bagi Memudahkan Kerja Mengundi Rakyat Malaysia
Melalui usaha pihak SPR, Kini anda boleh membuat semakan dengan pantas dan mudah melalui MySPR . Semakan melalui aplikasi yang disediakan merupakan inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia bagi membuat semakan status pendaftaran pemilih, tempat mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) dan pemberitahuan info semasa PRU15.
Melalui aplikasi MySPR ini juga , pihak SPR akan menyediakan kemudahan dari segi semakan calon-calon undi dan keputusan pilihan raya nanti. Segala makluman akan diupdate oleh pihak SPR.
Diharapkan rakyat Malaysia terus bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum kali ke 15 yang akan berlansung tidak lama lagi.