Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Peluang Kerjaya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 2023

Peluang Kerjaya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Peluang Kerjaya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Peluang Kerjaya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi jawatan Penolong Pemelihara Hutan Gred 29. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia sedang membuka permohonan bagi jawatan ini secara dalam talian sehingga 3 Mei 2021 (Isnin), jam 11:59 malam. Terdapat sebanyak 1 kekosongan dan 3 simpanan bagi jawatan yang ditawarkan ini.

Pihak SPA sedang mencari calon-calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Berketerampilan baik.
  2. Bersemangat tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  3. Berbakat kepimpinan
  4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Berkelayakan profesionalisme sesuai dengan jawatan

Jadual Gaji Penolong Pemelihara Hutan G29

Gaji Minimum RM 1,494.00
Gaji Maksimum RM 5,674.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00

Syarat Lantikan Penolong Pemelihara Gred 29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan

Syarat Kelayakan Akademik

  • Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29:RM1,494.00); atau
  • Diploma dalam bidang perhutanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
    Kerajaandaripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
    diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawas Hutan di Gred G19/20,
G22, G26 atau G28 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pemelihara Hutan
Gred G29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan, dan

  • mempunyai kelayakan akademik seperti di atas
  • lulus Peperiksaan Khas, dan

Had Umur Pelantikan Peluang Kerjaya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)

  1. Perhutanan, atau
  2. Perhutanan Renjer Hutan

Keperluan Tambahan

  1. Anak negeri Pulau Pinang bagi calon atau ibu/bapa, atau
  2. Alamat tempat tinggal di Pulau Pinang (bagi calon yang bukan anak negeri), dan
  3. Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/kelulusan sijil//diploma yang telah diiktiraf oleh senat universiti/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong Peluang Kerjaya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : IKLAN SPA9 SUKPP Penolong Pemelihara Hutan Gred G29

Cara Permohonan Peluang Kerjaya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Peluang Kerjaya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Peluang Kerjaya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Senarai Kerja Kosong Kerajaan yang Lain:

  1. Jawatan Kosong Pembantu Makmal Gred C19
  2. 115 Kekosongan Pembantu Awam Gred H11
  3. Jawatan Kosong Pembantu Hal Ehwal Islam S19
  4. Jawatan Kosong Pembantu Awam H11
  5. Jawatan Kosong Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka)
  6. Jawatan Kosong Pemelihara Hutan G29
  7. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT2
  8. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Veterinar G29
  9. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
  10. Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia
  11. Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita
  12. Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan
  13. 695 Kekosongan Jawatan SPANS
  14. Jawatan Kosong SPA Pembantu Tadbir Gred N19

Semoga perkongsian Peluang Kerjaya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ini bermanfaat buat anda semua terutamanya yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan di Pulau Pinang. Selamat Mencuba Semua!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati