Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ā¬ļø

Biasiswa Ijazah Sarjana Muda PIDM dapat Tawaran Sehingga RM20,000 Setahun

Biasiswa Ijazah Sarjana Muda PIDM
Biasiswa Ijazah Sarjana Muda PIDM

Biasiswa Ijazah Sarjana Muda PIDMĀ ini sedang dibuka permohonannya sehingga tarikh akhir pada 3 Mei 2021, jam 6.00 petang. Permohanan untuk Biasiswa Ijazah Sarjana Muda 2021 ini terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang memohon untuk atau sedang mengikuti kursus ijazah sarjana muda sahaja.

Anda boleh mengemukakan permohonan anda sebelum menerima sebarang tawaran daripada universiti yang disenarai dan diluluskan oleh PIDM. Walau bagaimanapun, sebarang tawaran biasiswa hanya akan di anugerahkan apabila anda memenuhi semua syarat yang diperlukan dan juga setelah anda memperoleh kemasukan ke salah satu program yang layak di salah satu kolej atau universiti yang diluluskan.

Tawaran Biasiswa Ijazah Sarjana Muda PIDM

Program Biasiswa Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan oleh PIDM ini merangkumi:

  • Sehingga RM20,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah
  • Sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun
  • Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan
  • Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan

Program Mentor dan Bimbingan

Penerima biasiswa akan mendapat sokongan daripada mentor yang terdiri daripada kalangan tenaga kerja PIDM dan alumni penerima biasiswa yang akan

  • memberi bimbingan dan memantau perkembangan penerima biasiswa secara berterusan sepanjang tempoh program.
  • Penerima biasiswa akan mendapat banyak manfaat daripada pengalaman kumpulan mentor ini.

Program Latihan Praktikal

Biasiswa Ijazah Sarjana Muda PIDM
Biasiswa Ijazah Sarjana Muda PIDM

Sebagai satu ciri strategik program Biasiswa Ijazah Sarjana Muda PIDM,

  • penuntut akan ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (ā€˜Purata Nilai Gred Kumulatifā€™ sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ā€˜Kelas Kedua Atasā€™ dalam peperiksaan akhir).
  • program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM30,000 setahun bagi setiap individu.
  • Semasa tempoh latihan industri dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000.

Syarat-syarat Kelayakan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda PIDM

Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.

Biasiswa ini terbuka kepada semua penuntut warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan. Para penuntut yang telah memulakan pengajian ijazah sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

  1. Anda seorang warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 Januari 2021) dan merupakan penuntut sepenuh masa.
  2. Permohonan terbuka hanya kepada pemohon yang sudah melengkapkan kursus Pra-Universiti atau sedang dalam semester terakhir kursus Pra-Universiti.
  3. Anda hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan STPM atau setara dengan A-Levels (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Levels, anda harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (ā€œPNGKā€) sebanyak 3.50 dan ke atas.
  4. Anda seorang penuntut sepenuh masa dan telah diterima masuk ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang berkaitan dengan PIDM yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (ā€œLANā€), dalam kolej atau universiti yang diluluskan oleh PIDM.
  5. Tidak dapat meneruskan pengajian tanpa bantuan kewangan.
  6. Tidak menerima biasiswa dan bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan lain.
  7. Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan dari mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin ke atas pemohon.
  8. Hanya universiti terkemuka seperti yang disenaraikan oleh Quacquarelli Symonds World University Rankings (ā€œQSā€) dan Times Higher Education Rankings (ā€œTHEā€) akan diberi pertimbangan.

Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus serta senarai kolej dan universiti adalah seperti yang diluluskan oleh PIDM.

Terma dan syarat program biasiswa boleh diubah oleh PIDM mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa tanpa notis. Sebarang penganugerahan biasiswa adalah mengikut budi bicara PIDM. Rayuan tidak akan diterima.

Prasyarat Biasiswa Ijazah Sarjana Muda PIDM

Senarai prasyarat merangkumi:

  1. Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa.
  2. Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM.
  3. Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ā€˜Purata Nilai Gred Kumulatifā€™ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ā€˜Kelas Kedua Atasā€™ dalam peperiksaan akhir.

Cara Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda PIDM

Individu yang memenuhi kesemua syarat yang ditetapkan perlu membuat permohonan secara dalam talian sebelum 3 Mei 2021. Klik pautan di bawah untuk membuat permohonan.

Maklumat Lanjut Bidang Pengajian dan Senarai Universiti/Kolej yang Diluluskan

Anda boleh rujuk pautan Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM untuk maklumat lanjut berkenaan senarai bidang pengajian yang ditawarkan dan juga senarai Universiti/Kolej yang diluluskan.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Pemberian 50,000 Komputer Riba/Tablet CERDIK Kepada Pelajar ataupun Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 Setengah Bulan Gaji.

Semoga perkongsian Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM Sehingga RM20,000 Setahun bermanfaat kepada para pelajar universiti ataupun kolej yang layak untuk memohon. Anda digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati