Bantuan (RM1200) untuk Melanjutkan Pelajaran ke IPT Seluruh Malaysia telah dibuka sejak 1 September kepada semua pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPT.
Bantuan ini diberikan kepada bakal pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA, IPTS, Politeknik dan lain-lain di seluruh negara. Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBita) diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Maklumat Penting bagi Bantuan RM1200 Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBita)
Isi Kandungan
Tarikh Buka : 1 September 2021
Tarikh Tutup : 30 September 2021
Jumlah Bantuan :
- Universiti di Semenanjung : RM1,000.00
- Universiti Sabah dan Sarawak : RM1,200.00
- Politeknik Malaysia : RM300.00
Syarat-syarat Permohonan Bantuan RM1200
- Ibu bapa pemohon mestilah mempunyai pendapatan isi rumah (gaji pokok termasuk elaun tetap) tidak melebihi RM8,000.00.
- Ibu atau Bapa atau Penjaga (salah seorang) pemohon mestilah merupakan pengundi yang berdaftar di negeri Pulau Pinang.
- Pemohon yang mendapat tawaran ke Program Sepenuh Masa ke IPTA,IPTS dan Politeknik sahaja yang layak memohon.
- Pemohon yang mendapat tawaran seperti Program Luar Kampus, Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), Program Kejururawatan dan Program Asasi atau Matrikulasi tidak dibenarkan untuk memohon.
- Pemohon perlu meneliti segala syarat-syarat permohonan dan dokumen yang dikehendaki seperti iklan di bawah.
Bantuan yang diberikan khas untuk semua pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
Oleh itu, pelajar yang memenuhi syarat permohonan amat digalakkan untuk memohon bagi menerima bantuan dimana meringankan perbelanjaan untuk melanjutkan pengajian.
Cara Memohon Bantuan RM1200 iBita
- Para pelajar yang memenuhi syarat WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian di sistem permohonan iBita : Permohonan Bantuan iBita
- Pemohon juga dikehendaki menghantar borang yang telah dicetak melalui sistem iBita beserta dokumen yang diperlukan ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang terdekat untuk memproses borang permohonan
- Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan bersama borang permohonan:
- Salinan surat tawaran ke Institut Pengajian Tinggi.
- Slip bayaran yuran pendaftaran Institut Pengajian Tinggi.
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga.
- Salinan Penyata Gaji terkini atau Kad Persara atau borang pengesahan pendapatan Ibu atau Bapa atau Penjaga.
- Bagi ibu atau bapa atau penjaga yang tiada gaji atau sumber pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. (Bagi pesara, penyata pencen wajib dikemukakan).
- Salinan borang EA (penyata gaji tahunan) sekiranya bekerja sendiri.
Nota penting : SEMUA DOKUMEN SOKONGAN DISENARAI DI ATAS PERLU DISAHKAN OLEH PEGAWAI DAERAH / GURU BESAR SEKOLAH BANTUAN PENUH KERAJAAN/ PENSYARAH/ PROFESOR/ PENDAFTAR UNIVERSITI/ JAKSA PENDAMAI/ AHLI PARLIMEN/ AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI/ PEGAWAI KERAJAAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL/ PENGHULU KERAJAAN SAHAJA.
Senarai Nama Institut Pengajian yang boleh memohon Bantuan RM1200:
- Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS)
2. Politeknik Malaysia:
Tarikh-tarikh Penting Permohonan
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui maklumat lebih terperinci untuk bantuan khas ini, pemohon boleh mengubungi Pejabat Daerah dan Tanah seperti berikut:
- Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya
E-mel: [email protected]
Tel: 04-8689424 / 04-8689431/432 - Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut Pulau Pinang
E-mel: [email protected]
Tel: 04-6505533 / 04-6505528 - Pejabat Daerah Dan Seberang Perai Utara,
E-mel: [email protected]
Tel: 04-5776505/ 04-5776515/ 04-5759963 - Pejabat Daerah & Tanah,Seberang Perai Selatan
E-mel: [email protected]
Tel: 04-5857814 / 04-5857821 - Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah
E-mel: [email protected]
Tel: 04-5488818 / 04-5488814
Selain itu, kami juga ada kongsikan pelbagai bantuan kerajaan seperti Insentif Pendidikan dari Koperasi Polis, Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor 2021 dan lain-lain.
Perkongsian Bersama
Semoga perkongsian berkaitan Bantuan (RM1200) untuk Melanjutkan Pelajaran ke IPT Seluruh Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada individu dan pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
Pelbagai usaha dan bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan untuk manfaat rakyat semua. Untuk mengetahui pelbagai lagi bantuan, bahan-bahan pendidikan sila layari Sistem Guru Online.