Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Punca dan 5 Cara Mengatasi Keguguran Rambut Menggunakan Bahan Semulajadi

rambut gugur
Punca dan 5 Cara Mengatasi Keguguran Rambut Menggunakan Bahan Semulajadi 7

Masalah keguguran rambut bukan sahaja boleh memberikan kesan kepada kulit kepala anda malah, ia juga membuatkan penghidapnya menjadi kurang yakin dengan diri sendiri. Oleh kerana, rambut merupakan satu mahkota bagi semua orang sama ada lelaki mahupun perempuan.

Wujud banyak punca keguguran rambut. Antaranya disebabkan oleh keturunan, perubahan hormon, pengambilan ubat dan lain-lain lagi. Oleh itu, sesiapa sahaja tidak kiralah lelaki, wanita dan kanak-kanak boleh mengalami masalah ini.

Percaya atau tidak, rambut dianggarkan gugur sebanyak 50 hingga 100 helai setiap hari. Oleh sebab itulah bila anda menyikat rambut, banyak rambut melekat pada sikat walaupun anda tidak mempunyai masalah rambut gugur. Adakah ini normal?

Berkenaan Masalah Keguguran Rambut

rambut gugur 2 1
Punca dan 5 Cara Mengatasi Keguguran Rambut Menggunakan Bahan Semulajadi 8

Apa Itu Masalah Keguguran Rambut?

Masalah keguguran rambut ini boleh muncul dalam pelbagai cara dan bergantung dengan puncanya. Ia boleh datang secara tiba-tiba atau secara perlahan. Tidak dinafikan juga, keguguran rambut boleh memberikan kesan yang negatif pada kulit kepala dan seluruh badan. Malah masalah ini juga mungkin boleh bersifat sementara atau kekal.

Mitos dan Fakta Tentang Keguguran Rambut

Berikut menunjukkan beberapa mitos dan juga fakta mengenai masalah keguguran rambut:

MITOSFAKTA
Kulit kepala ‘tidak bernafas’ kerana
memakai topi atau bertudung
Pemakaian topi atau tudung bukan punca kulit kepala tidak dapat ‘bernafas’. Oksigen yang diperlukan oleh pertumbuhan rambut berasal dari aliran darah dan bukan dari udara di sekitarnya.
Syampu punca rambut gugurBersyampu tidak mengakibatkan rambut gugur. Malah ia membersihkan rambut dari kotoran yang melekat.
Anda akan botak jika tertekanStres atau tekanan menyumbang kepada masalah rambut gugur tetapi ia hanya bersifat sementara. Namun, jika anda membiarkan stres itu berlarutan, ia akan mengganggu keseimbangan hormon yang merupakan salah satu punca rambut gugur.
Rambut gugur tidak akan tumbuh semulaFolikel rambut akan ‘berehat’ selama 100 hari setelah rambut gugur. Ia menjadikan kadar pertumbuhan semula rambut anda seakan-akan perlahan dan lambat. Pastikan anda mendapat nutrien yang secukupnya agar rambut dapat tumbuh kuat dan sihat!
Rambut gugur adalah masalah lelakiRambut gugur adalah masalah bagi semua orang tanpa mengira jantina. Namun, punca keguguran rambut wanita adalah berbeza daripada lelaki. Contohnya; wanita mengandung mengalami keguguran rambut kerana ketidakstabilan hormon dan lelaki pula kerana faktor genetik. Cara mengatasinya juga berbeza mengikut individu dan situasi.

Penyebab Rambut Gugur Selepas Bersalin

Rambut gugur selepas bersalin adalah masalah yang normal. Ia dikaitkan dengang perubahan hormon dan tekanan yang dihadapi oleh ibu selepas melahirkan.

Rambut gugur selepas bersalin juga dikenali sebagai Alopecia atau Telogen Effluvium dimana, keguguran rambut secara berlebihan berlaku selepas beberapa bulan setelah melahirkan bayi. Selain itu, masalah rambut gugur ini biasanya berlaku antara 3 bulan hingga 6 bulan selepas bersalin. Tetapi ia boleh berterusan sehingga setahun atau lebih.

Terdapat beberapa punca keguguran rambut selepas bersalin:

  • Perubahan hormon
  • Tekanan fizikal dan emosi
  • Kekurangan nutrien
  • Penurunan estrogen
  • Trauma fizikal

Persoalan Rambut Gugur Semasa Dalam Ihram

Apakah Tindakan Jika Rambut Gugur Semasa Dalam Ihram?

Semasa berihram, seseorang itu wajib mematuhi apa yang dilarang ketika berihram sama ada ihram ketika melakukan ibadah haji, umrah atau kedua-duanya.

Dr Muhammad Zuhaili menyebut wajib bagi seseorang itu tidak melakukan larangan ihram tanpa keuzuran dan sekiranya melakukannya maka dikenakan fidyah mengikut apa yang dilakukannya. Larangan ihram terdapat sebelas perkara dan sepuluh perkara mengikut al-Fiqh al-Manhaji. Di antaranya adalah memakai baju berjahit, memakai wangian, memburu binatang dan memotong atau mencabut rambut dan bulu.

Di dalam hal ini, sekiranya ia syak atau tidak pasti sama ada rambut atau bulunya tercabut dengan ikhtiar atau tidak maka ia tidak dikenakan fidyah. Sekiranya seseorang yang berihram itu melihat rambut yang gugur dan ia syak adakah rambut itu gugur disebabkan ia menyikat rambutnya atau gugur dengan sendiri, maka tidak dikenakan fidyah ke atasnya. Hal ini kerana rambut yang tercabut itu, ia tidak meyakini sebab gugurnya kerana keadaan asal seseorang itu bebas daripada tanggungan.

Bayaran Fidyah Kerana Melanggar Larangan Ihram

Para ulama membahaskan berkenaan kadar yang dikenakan. Dr. Muhammad Zuhaili menyebut, sekiranya sehelai rambut gugur dikenakan sebanyak satu mud makanan asasi (setengan kilo atau lebih). Dan sekiranya dua helai rambut gugur maka diwajibkan ke atasnya dua Mud dan sekiranya melebihi tiga helai rambut maka dikenakan dam iaitu puasa tiga hari atau beri makan enam orang miskin atau menyembelih seekor kambing.

Penerangan Tentang Masalah Keguguran Rambut

Punca Masalah Keguguran Rambut Secara Umum

Punca keguguran rambut masih lagi belum dapat difahami. Walau bagaimanapun, ia biasanya berkaitan dengan satu atau dua dari faktor berikut:

  • Sejarah keluarga (keturunan): Punca utama yang menyebabkan kehilangan rambut ialah masalah keturunan.
  • Perubahan dan ketidakseimbangan hormon: Boleh mengakibatkan keguguran rambut buat sementara.
  • Keadaan medikal: Disebabkan jangkitan kulit kepala, masalah kulit dan masalah (disorder) menarik rambut.
  • Ubat-ubatan: Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat kanser arthritis, depresi, masalah jantung, tekanan darah tinggi dan kawalan kelahiran. Pengambilan terlalu banyak vitamin A juga boleh menyebabkan keguguran rambut berlaku.

Cara Mengatasi Masalah Rambut Gugur Menggunakan Bahan Semulajadi

1. Air Limau Nipis

limau nipis
Punca dan 5 Cara Mengatasi Keguguran Rambut Menggunakan Bahan Semulajadi 9

 Cara mengatasi rambut gugur yang pertama ialah, cuba ambil perahan air limau nipis lalu sapukan secara rata pada kulit kepala. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas dengan air. Amalkannya selama 2 minggu.

2. Lidah Buaya atau Aloe Vera

Lidah Buaya atau Aloe Vera
Punca dan 5 Cara Mengatasi Keguguran Rambut Menggunakan Bahan Semulajadi 10

Cara mengatasi rambut gugur yang kedua ialah sapukan gel aloe vera pada kulit kepala dan keseluruhan rambut. Kemudian, urut dan biarkan seketika. Sesuai digunakan 15 minit sebelum mandi. Lakukannya 2 kali seminggu.

3. Kulit Tembikai

Kulit Tembikai
Punca dan 5 Cara Mengatasi Keguguran Rambut Menggunakan Bahan Semulajadi 11

Cara mengatasi yang seterusnya ialah selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai lalu gosokkan pada kulit kepala. Biarkan ia meresap ke kulit kepala lalu tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu, barulah cuci rambut.

4. Daun Inai

Daun Inai
Punca dan 5 Cara Mengatasi Keguguran Rambut Menggunakan Bahan Semulajadi 12

Akhir sekali, dengan menggunakan daun inai. Dari dulu daun inai memang diakui mempunyai banyak khasiat, khususnya dalam merawat masalah rambut serta kulit kepala.

Cuba kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air untuk menjadi pes. Ratakan di seluruh kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama tiga jam. Selesai tempoh berkenaan, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Lakukan langkah ini dua kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif dan sihat.

Semoga perkongsian artikel berkenaan dengan masalah keguguran rambut ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Soalan FAQs Tentang Masalah Rambut Gugur

Mengapakah Rambut Boleh Gugur?

Keguguran rambut yang berlebihan boleh menjadi gejala beberapa penyakit seperti anemia atau gangguan tiroid. Faktor-faktor kesihatan lain seperti kekurangan nutrisi, tekanan, dan ketegangan boleh menyebabkan keguguran rambut yang berlebihan.

Berapa Banyak Rambut Gugur Normal Dalam Sehari?

Keguguran rambut proses semula jadi dialami setiap orang. Jelasnya secara purata, seorang dewasa mempunyai 100,000 hingga 150,000 helai rambut. Oleh itu, mereka boleh mengalami keguguran rambut di antara 50 hingga 100 helai sehari.

Mengapakah Lelaki Lanjut Usia Botak Tengah?

Biasanya rambut di bahagian tengah kepala akan mengalami keguguran atau tidak tumbuh. Kejadian tumbuh rambut botak seperti ini biasanya adalah kesan daripada perubahan hormon yang berlaku seiring dengan peningkatan usia.

Adakah Rambut yang Gugur Boleh Tumbuh Semula?

rambut baru akan tumbuh semula di tempat rambut yang gugur itu selepas beberapa waktu. 

Berapa Lamakah Rambut Gugur?

Kebanyakan rambut kita adalah dalam fasa pertumbuhan manakala kira-kira 10% adalah dalam fasa rehat. Selepas tempoh 3 hingga 4 bulan, rambut yang rehat akan gugur.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati