Jawatan Kosong Bentara Mesyuarat Gred KP29 ini sedang dibuka permohonan sehingga tarikh tutup pada 7 Mei 2021 (Jumaat). Parlimen Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan yang ditawarkan seperti di bawah.
Maklumat Jawatan Bentara Mesyuarat Gred KP29
Isi Kandungan
- Jawatan / Gred: Bentara Mesyuarat Gred KP29
- Kementerian / Jabatan: Parlimen Malaysia
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana Berkelayakan STPM/ Diploma
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Bilangan Kekosongan: Satu (1)
- Gaji: RM1,493.00 – RM5,696.00
Deskripsi Tugas Bentara Mesyuarat Gred KP29
- Bertanggungjawab kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat (YPDR), Yang di-Pertua Dewan Negara (YPDN), Setiausaha Dewan Negara (SUDN), Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR), Setiausaha Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat (SUB DR) dan Setiausaha Bahagian Dewan Negara (SUB DN).
- Membantu menyelaras dan menyemak semua Aturan Mesyuarat (AUM) sebelum diedarkan oleh Bentara Parlimen.
- Menentukan Bentara Parlimen mengedar AUM kepada pegawaipegawai bertugas Kementerian.
- Membantu menyelaras di dalam pengurusan dan mentadbir hal-hal pentadbiran harian dan latihan anggota-anggota Seksyen Bentara.
- Membantu mengurus dan memelihara Cokmar agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.
- Bersedia ditugaskan sebagai Pegawai Perhubungan (LO), Pembantu Pegawai Keselamatan (APSO) kepada ketua-ketua delegasi asing yang menghadiri persidangan-persidangan anjuran Parlimen Malaysia serta mesyuarat Jawatankuasa Dewan yang lain.
Syarat Permohonan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil.
- Keutamaan akan diberikan kepada Bekas Anggota Polis atau Tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Iklan Kekosongan Bentara Mesyuarat KP29
Cara Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my)
- Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.
- Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), Resume, salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu dan salinan Sijil Berhenti Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).
- Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:
KETUA PENTADBIR
PARLIMEN MALAYSIA
BANGUNAN PARLIMEN
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)
Catatan Am : Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
Anda juga mungkin berminat dengan jawatan kosong kerajaan yang lain:
- Jawatan Kosong Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
- Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam
- Peluang Kerjaya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
- Jawatan Kosong Pembantu Makmal Gred C19
- 115 Kekosongan Pembantu Awam Gred H11
- Jawatan Kosong Pembantu Hal Ehwal Islam S19
- Jawatan Kosong Pembantu Awam H11
- Jawatan Kosong Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka)
- Jawatan Kosong Pemelihara Hutan G29
- Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT2
- Jawatan Kosong Penolong Pegawai Veterinar G29
- Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
- Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia
- Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita
- Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Bentara Mesyuarat Gred KP29 ini dapat memberi informasi lengkap dan manfaat kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan. Selamat Mencuba!