Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Bantuan Khas Hari Raya dan Gawai RM500

Bantuan Khas Hari Raya dan Gawai RM500

Bantuan Khas Hari Raya dan Gawai RM500 telahpun diumumkan oleh kerajaan Negeri Sarawak pada 28 April 2021. Kerajaan Negeri Sarawak dengan sukacitanya membuat pengumuman berkenaan bantuan khas sebanyak RM500 yang akan diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam semua gred, bersempena dengan perayaan Aidilfitri dan juga sambutan Gawai akan datang.

Menurut Yang Berhormat Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Openg berkata, bantuan khas tersebut akan dibayar pada Mei sebelum menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai. Berikut merupakan petikan ucapan beliau dalam satu kenyataan pada 28 April 2021:

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Ia terutamanya semasa negeri dan negara menghadapi tempoh yang penuh cabaran ini.” 

Bantuan Khas Hari Raya dan Gawai RM500

8aed6892 fba0 40bf bb14 93f34208ac1b 5

Pemberian ini seumpama durian runtuh kepada seluruh penjawat awam negeri Sarawak kerana sebelum ini juga pihak kerajaan negeri telah mengumumkan Pembayaran Bantuan Insentif Khas Bagi Penjawat Awam Persekutuan Sarawak yang akan dilaksanakan pada penghujung bulan April ini.

Jumlah Wang Bakal Diterima oleh
Penjawat Awam Sarawak

  • Bantuan Khas Hari Raya dan Hari Gawai: RM 500 – dibayar pada Mei 2021
  • Bantuan Insentif Khas Penjawat Awam Persekutuan (BIK) bagi Tahun 2020: RM 500 – dibayar pada penghujung April 2021.

Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian bantuan lain seperti:

  1. Bantuan Musim Tengkujuh RM600 Setiap Seorang
  2. Pemberian 50,000 Komputer Riba/Tablet CERDIK Kepada Pelajar
  3. Bantuan One Off RM500 Mulai Jun 2021
  4. Subsidi Pembelian Telefon RM300
  5. Bantuan MyKasih Kapital Kini Dibuka
  6. eWallet RM150 Bantuan Prihatin Belia
  7. Bantuan Mikro Pemerkasa BSN RM50,000

Diharapkan Bantuan Khas Hari Raya dan Gawai RM500 dengan pemberian pelbagai bantuan kewangan sedemikian ini dapat menyuntik semangat yang lebih jitu dalam diri setiap penjawat awam negeri Sarawak yang terlibat khususnya.

Semoga dengan pengumuman Bantuan Khas Hari Raya dan Gawai RM500 ini dapat meringankan beban kewangan bagi para pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di samping menjadi insentif dan juga motivasi kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati