Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

SOP Pergerakan bagi Pelajar IPT Pulang ke Rumah Sempena Cuti Aidilfitri 2021

SOP Pergerakan bagi Pelajar IPT Pulang ke Rumah

SOP Pergerakan bagi Pelajar IPT Pulang ke Rumah Sempena Cuti Aidilfitri sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Pelajar IPT dibenarkan pulang ke rumah masing-masing telah diumumkan oleh Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 29 April 2021. Namun begitu, pelajar-pelajar IPT dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kecuali negeri Sarawak.

Dalam memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal dan dicegah, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menetapkan beberapa piawaian di mana pergerakan pelajar akan dilakukan secara berperingkat.

Tarikh yang ditetapkan bagi perjalanan pulang ke rumah ialah pada 7 hingga 12 Mei 2021. KPT juga telah menetapkan tarikh pergerakan pelajar kembali ke kampus pada 15 hingga 20 Mei 2021.

Kementerian Pengajian Tinggi berkata perjalanan pulang para pelajar akan menggunakan tiga kaedah seperti berikut:

  • Menunggang atau memandu kenderaan sendiri
  • Diambil oleh ibu bapa atau penjaga
  • Menggunakan pengangkutan bas yang disediakan oleh pihak Institusi Pengajian Tinggi
  • Hanya perkhidmatan penerbangan dibenarkan, kenderaan awam lain tidak dibenarkan.

SOP Pergerakan bagi Pelajar IPT Pulang ke Rumah : KPT Menyediakan Surat Rasmi Rentas Negeri

Dalam memastikan segala pergerakan rentas negeri atau daerah berjalan lancar, pihak KPT akan mengeluarkan surat rasmi pemakluman serta akan menyelaras tarikh perjalanan pulang ke rumah dan juga tarikh kembali ke kampus kepada setiap pelajar.

Pihak KPT juga memberikan kebebasan kepada pelajar samada ingin pulang ke rumah masing-masing atau kekal menghuni di dalam kawasan kampus sepanjang cuti Hari Raya Aidilfitri ini.

SOP Pergerakan bagi Pelajar IPT Pulang ke Rumah Cuti Hari Raya Aidilfitri

SOP Pergerakan bagi Pelajar IPT Pulang ke Rumah


Dapatkan SOP Pergerakan Pelajar Pulang Cuti Hari Raya Aidilfitri disini. Para pelajar boleh merujuk dan meneliti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh MKN seperti di bawah ini.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila tekan pada link yang telah disedikan untuk memuat turun.

Download : 

Selain itu, pihak KPT telah menganggarkan pelajar yang akan pulang ke rumah melibatkan seramai 103,994 orang pelajar yang kini berada di kampus masing-masing. Jumlah sebenar pelajar KPT ialah 1.3 juta pelajar.

Maklumat Lanjut Berkaitan SOP Pergerakan bagi Pelajar IPT Pulang ke Rumah

Para pelajar atau ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai penyelaras di IPT masing-masing. Anda juga boleh menghubungi Bilik Gerakan KPT di talian tertera dibawah:

Nombor Bilik Gerakan Universiti Awam
  • Talian : 03-88706777 / 6949/ 6623/ 6628

Para pelajar juga boleh melayari portal rasmi Kementerian Pengajian Tinggi untuk maklumat selanjutnya.

Peringatan dan Perkongsian

Diharapkan dengan perkongsian ini SOP Pergerakan bagi Pelajar IPT Pulang ke Rumah Sempena Cuti Aidilfitri dapat memberikan maklumat kepada para pelajar serta ibu bapa tentang SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Untuk peringatan bersama, semua pihak haruslah memberikan kerjasama dalam mematuhi SOP yang sedang berkuat kuasa dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri, jaga jarak, pakai pelitup muka. Layari portal Sistem Guru Online untuk pelbagai info terkini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati