Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai Kenaikan Gaji Tahunan, Tarikh Pergerakan Gaji dan Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam

kenaikan gaji tahunan 1

Skim penjawat awam menyediakan kenaikan gaji tahunan yang mana ianya disusun mengikut gred serta kelayakan yang khusus.

Pihak JPA telah meletakkan gaji tahunan penjawat awam berdasarkan peraturan-peraturan pegawai awam penilaian serta syarat kelayakan untuk kenaikan gaji tahunan.

Berkenaan Penerangan Kenaikan Gaji Tahunan Penjawat Awam

Apakah itu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)?

Kenaikan gaji tahunan merupakan kenaikan gaji bagi setiap penjawat awam mengikut gred skim perkhidmatan. Setiap tahun akan ada kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi dan rekod. Terdapat penetapan mengenai gaji minimum dan maksimum yang disediakan mengikut skim perkhidmatan.

Untuk kenaikan gaji tahunan adalah berbeza-beza mengikut taraf pendidikan seperti PMR, SPM, Diploma dan Ijazah.

Bagaimana Kenaikan Gaji Tahunan Dikira?

Berdasarkan perenggan 27(1) P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) seseorang pegawai lantikan tetap dan sementara mestilah sebagaimana yang dinyatakan Jadual Kedua seperti di bawah:

Kenaikan Gaji Tahunan

Tarikh-tarikh ini ditetapkan berdasarkan rujukan-rujukan berikut:

  1. Perenggan 27(1), P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam

image 12
Senarai Kenaikan Gaji Tahunan, Tarikh Pergerakan Gaji dan Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam 7

Kadar kenaikan gaji penjawat awam telah ditetapkan bermulan tahun 2012. Dimana kumpulan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Berikut adalah kadar kenaikan gaji pegawai awam:

Kumpulan MengikutGredKadar (%)
Pengurusan Tertinggi-KSN Turus 1 dan setaraf
-Turus 2, Turus 3 dan setaraf
-Utama A, B, C dan setaraf
-7
-8
-9
Pengurusan dan Professional41 hingga 54 dan setaraf13
Pelaksana1 hingga 40 dan setaraf13

Syarat-Syarat Pemberian Pergerakan Gaji

image 9
Senarai Kenaikan Gaji Tahunan, Tarikh Pergerakan Gaji dan Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam 8

Pemberian pergerakan gaji dalam pekeliling perkhidmatan adalah tertakluk kepada syarat-syarat sedia ada dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 dan pekeliling perkhidmatan atau peraturan-peraturan berkaitan lain yang berkuat kuasa, terutamanya syarat-syarat berikut:

  • Pegawai mencapai tahap prestasi ditetapkan
  • Diperakukan oleh Ketua Jabatan
  • Diluluskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia kementerian/ jabatan.

Kelayakan Kenaikan Gaji Tahunan Bagi Penjawat Awam

Senarai Pegawai yang Layak Terima Kenaikan Gaji Tahunan

image 11
Senarai Kenaikan Gaji Tahunan, Tarikh Pergerakan Gaji dan Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam 9

Berikut adalah merupakan senarai pegawai yang layak terima kenaikan gaji tahunan:

  1. Pegawai tetap, sementara, kontrak (Contract of Service) & Guru Sandaran.
  2. Pegawai dipinjam / ditukar sementara ke agensi Kerajaan atau pertubuhan antarabangsa/ swasta, kenaikan gaji dilaksanakan mengikut gred gaji jawatan peminjaman atau pertukaran sementara. Gaji hakiki pegawai berkenaan hendaklah diselaraskan secara isyarat oleh Ketua Jabatan.
  3. Pegawai yang cuti bergaji penuh, kenaikan gaji dilaksanakan atas gaji hakiki yang diterima
  4. Pegawai yang cuti separuh gaji, kenaikan gaji dilaksanakan atas gaji hakiki dan pegawai dibayar separuh daripada gaji baru.
  5. Pegawai yang cuti tanpa gaji, kenaikan gaji hendaklah dilaksanakan secara isyarat atas gaji hakiki dan pegawai dibayar gaji setelah mengambil kira gaji baru yang telah diselaraskan apabila kembali bertugas.
  6. Pegawai yang meninggal dunia pada/ selepas 1 Januari 2012.
  7. Pegawai di bawah saraan JKK 1976 dan SSB.

Senarai Pegawai yang Tidak Terima Kenaikan Gaji Tahunan

Berikut adalah merupakan senarai pegawai yang tidak layak terima kenaikan gaji tahunan:

  1. Pegawai yang dikenakan hukuman buang kerja berkuat kuasa pada/ sebelum 1 Januari 2012
  2. Pegawai yang bersara pada/ sebelum 1 Januari 2012.

Pekeliling Kenaikan Gaji Tahunan Penjawat Awam

Pegawai awam yang layak bagi menerima pemberian pergerakan gaji tahunan berdasarkan kadar tetap 3% adalah sepertimana yang ditentukan melalui Perkara 5, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020.

Berikut adalah merupakan pekeliling dalam menentukan kenaikan gaji tahunan penjawat awam:

Senarai Struktur Kenaikan Gaji Tahunan Penjawat Awam Mengikut Gred

image 10
Senarai Kenaikan Gaji Tahunan, Tarikh Pergerakan Gaji dan Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam 10

Bagi anda yang ingin membuat semakan berkenaan kenaikan gaji tahunan bagi setiap gred. Berikut adalah merupakan jadual tangga gaji penjawat awam bagi 16 skim perkhidmatan: 

GredSkim Perkhidmatan Awam
APengangkutan
BBakat dan Seni
CSains
DPendidikan
EEkonomi
FSistem Maklumat
GPertanian
HKemahiran
JKejuruteraan
KKeselamatan dan Pertahanan Awam
LPerundangan dan Kehakiman
MPentadbir dan Diplomatik
NPentadbiran dan Sokongan
QPenyelidikan dan Pembangunan
UPerubatan dan Kesihatan
WKewangan

Soalan FAQs Berkenaan Kenaikan Gaji Tahunan Penjawat Awam

Adakah penjawat awam baharu dilantik akan ada kenaikan bagi gaji tahunan?

Ada kenaikan seperti yang ditetapkan oleh pihak JPA.

Berapa kenaikan untuk gaji tahunan bagi gred DG41?

Kenaikan gaji bagi setahun adalah sebanyak RM225.

Siapakah yang memberi kelulusan untuk kenaikan untuk gaji tahunan?

Mereka yang memberi kelulusan kenaikan gaji adalah ketua jabatan dan panel pembangunan sumber manusia.

Sekiranya seorang penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib, adakah terdapat kenaikan untuk gaji tahunan?

Tidak ada kenaikan bagi gaji tahunan kerana dianggap salah mengikut peruntukan tindakan tatatertib.

1 komen

  1. Saya pembantu tadbir kewangan kontrak, saya mula lapor diri pada 13/03/2023 dan telah disambungkan kontrak sehingga 12/03/2026, jadi kenaikan tahunan saya akan mula diterima mulai bulan berapa yaa. Bulan 1 dan 2 masih gaji yang sama

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati