Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Guru Wanita Berusia 36 Tahun di Tipu RM105,461

Guru Wanita Berusia 36 Tahun di Tipu
Guru Wanita Berusia 36 Tahun di Tipu

Seorang Guru Wanita Berusia 36 Tahun di Tipu terpaksa berputih mata selepas kerugian RM105,461 akibat terpedaya dengan sindiket menawarkan pinjaman wang di Facebook (FB).

Ia selepas mangsa yang berusia 36 tahun melakukan 30 pemindahan wang bagi mendapatkan pinjaman wang RM10,000.

Guru Wanita Berusia 36 Tahun di Tipu RM105,461

mental health depression anxiety stress thinkstockphotos 858738378

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, pada 24 Ogos, mangsa melayari FB sebelum melihat satu pautan menawarkan pinjaman wang.

Beliau berkata, dia kemudiannya bersetuju untuk membuat pinjaman sebanyak RM10,000 dan menghantar salinan MyKad dan slip gaji kepada dua individu.

“Tidak lama selepas menyerahkan dokumen berkenaan, mangsa diberitahu bahawa pinjaman diluluskan, namun dia perlu membuat bayaran bagi duti setem, bayaran kewangan, yuran pemprosesan, yuran perjanjian dan Internet.

Awas Scammer dan penggodam

“Mangsa kemudian membuat bayaran melalui dalam talian kepada 12 akaun bank yang berbeza-beza sebanyak 30 kali tranksaksi berjumlah RM105,461,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun rasa tertipu kerana individu terbabit sering meminta memasukkan wang.

“Dia kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Bahau, semalam,” katanya.

Katanya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati