Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Resepi Biskut Makmur Sedap dan Cair di Mulut

Resepi Biskut Makmur
Resepi Biskut Makmur Sedap dan Cair di Mulut 4

Resepi biskut Makmur juga merupakan resepi yang agak terkenal setiap kali hari raya Aidilfitiri hampir tiba. Ia juga telah menjadi kuih tradisional kegemaran orang kampung terutamanya pada hari raya.

Kini, anda lebih mudah untuk membuat biskut makmur sendiri kerana terdapat pelbagai platform yang menyediakan resepi biskut ini. Oleh yang demikian, kami juga terpanggil untuk berkongsi resepi biskut Makmur yang sangat mudah untuk anda mencubanya.

Penerangan Resepi Biskut Makmur

Resepi Biskut Makmur
Resepi Biskut Makmur Sedap dan Cair di Mulut 5

Tahukah anda resepi biskut makmur bagaikan sudah menjadi resepi turun temurun? hal ini dikatakan kerana bukan sahaja golongan tua yang selalu buat bahkan golongan muda juga sudah ramai yang mencuba buat biskut Makmur yang sedap ini.

Apa Itu Biskut Makmur?

Biskut Makmur merupakan sejenis kuih kering ini berbentuk bebola agak bulat diperbuat dari ramuan tepung gandum, telur, minyak sapi atau butter dan mempunyai berintikan kacang tanah bergoreng, atau badam dan sebagainya di dalamnya.

Biskut tersebut sangat terkenal terutamanya pada hari raya.

Rasa dan Bentuk Biskut Makmur

Antara sebab biskut Makmur digemari ramai ialah kerana biskut Makmur mempunyai rasa yang manis dan cair di mulut. Istimewanya, kacang tanah yang dikisar bersama gula icing mampu menambahkan lagi rasa lemak pada biskut ini.

Biskut Makmur juga mempunyai rupa bentuk yang bulat atau sedikit bujur. Tujuan kuih ini berbentuk sedemikian kerana untuk memudahkan anda untuk memakannya.

Resepi Biskut Makmur Mudah

Resepi Biskut Makmur
Resepi Biskut Makmur Sedap dan Cair di Mulut 6

Disini kami menyediakan resepi biskut Makmur yang sedap dan cair di mulut. Buat anda yang masih memikirkan biskut apa yang hendak dibuat, anda boleh cuba buat biskut klasik ini untuk menambahkan lagi aneka biskut raya di rumah anda.

Resepi Biskut Makmur

Bahan doh biskut Makmur :

  • 4 cawan tepung gandum (disangai hingga naik bau)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan susu tepung
  • 3 sudu besar buttercup/minyak sapi (cairkan dan sejukkan)
  • Minyak jagung secukupnya

Bahan inti biskut Makmur :

  • 500 gm kacang tanah (sangai tanpa minyak, buang kulit, kisar @ ditumbuk)
  • Minyak jagung secukupnya

Cara-cara buat biskut Makmur :

  1. Sangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau.
  2. Campurkan tepung gandum bersama gula kastor, butter/minyak sapi yang sudah dicairkan (pastikan dah sejuk), susu tepung. Gaul rata.
  3. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dalam adunan sehingga adunan boleh digentel dengan cantik.
  4. Kalau nak biskut tu jadi gebu, pastikan doh tidak berlerai masa digentel.
  5. Untuk inti biskut makmur, sangai kacang tanah tanpa minyak.
  6. Buang kulitnya dan kisar kacang tu. Terpulang nak kisar halus mahupun kasar. Nak tumbuk pun boleh. Tambahkan gula secukup rasa.
  7. Campurkan dengan sedikit minyak jagung @ mazola ke dalam kacang yang dah dikisar tadi. Tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti.
  8. Bakar dengan suhu 150˚c selama 20 minit.
  9. Dah siap bakar biarkan suam sikit biskut makmur tu.
  10. Golekkan biskut makmur ke dalam gula icing.
  11. Boleh susun dalam balang bila biskut dah sejuk. Masukkan dalam balang yang kedap udara.

Dengan berpandukan resepi biskut Makmur yang diberikan, pasti sangat mudah untuk anda mencubanya sendiri di rumah. Anda juga boleh menjadikan pembuatan biskut makmur ini sebagai satu perniagaan. Pasti ramai yang mencari biskut tersebut lebih-lebih lagi pada hari raya.

Selamat mencuba !

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Biskut Makmur

Bagaimana cara sangai tepung?

Sangai adalah kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak. Untuk sangai tepung gandum, tidak perlukan masa yang lama. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.

Bagaimanakah rasa inti biskut Makmur?

Inti biskut makmur diperbuat daripada kacang tanah yang dikisar bersama gula icing dan semestinya mampu menambahkan lagi rasa lemak pada biskut ini.

Berapakah harga biskut Makmur?

Kebiasaanya biskut Makmur dijual dengan harga lebih kurang RM25-RM30 untuk 50 biji.

Dimanakah boleh beli biskut Makmur?

Anda boleh mendapatkan biskut Makmur di mana-mana pasaraya atau kedai kek dan biskut dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh membuat pembelian secara atas talian seperti di Shopee, Lazada, Instagram, dan Facebook

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati