Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cuti Umum Pahang 2024 dan Senarai Tempat Menarik Pahang 2024

mn
Cuti Umum Pahang 2024 dan Senarai Tempat Menarik Pahang 2024 4

Cuti umum, cuti kebangsaan, hari kelepasan am atau cuti undang-undang ialah cuti umumnya ditetapkan oleh undang-undang dan biasanya hari tidak bekerja dalam setahun tahun. Di Malaysia terdapat banyak Hari kelepasan Am (cuti umum) yang diwartakan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), namun di bawah Seksyen 60D(1A) Akta 265, majikan adalah tidak diwajibkan memberikan cuti pada setiap cuti umum yang telah diwartakan.

Artikel ini bertujuan untuk berkongsi senarai cuti umum Pahang 2024 berserta kalendar cuti umum untuk bacaan umum. Tempat-tempat menarik di negeri Pahang juga disenaraikan untuk bacaan umum.

Berkenaan Cuti Umum Pahang 2024 Berserta Kalendar Negeri Pahang

Senarai Cuti Umum Pahang 2024

Berikut merupakan senarai cuti umum Pahang tahun 2024.

TarikhHariCuti
1 JanIsninTahun Baru
10 FebSabtuTahun Baru Cina
11 FebAhadTahun Baru Cina Hari Kedua
12 FebIsninCuti Tahun Baru Cina
28 MacKhamisHari Nuzul Al-Quran
10 AprRabuHari Raya Aidilfitri
11 AprKhamisHari Raya Aidilfitri Hari Kedua
1 MeiRabuHari Pekerja
22 MeiRabuHari Hol Pahang
22 MeiRabuHari Wesak
23 MeiKhamisCuti Hari Hol Pahang
3 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong
17 JunIsninHari Raya Haji
7 JulAhadAwal Muharram
8 JulIsninCuti Awal Muharram
30 JulSelasaHari Keputeraan Sultan Pahang
31 OgosSabtuHari Kebangsaan
16 SepIsninMaulidur Rasul
16 SepIsninHari Malaysia
17 SepSelasaCuti Hari Malaysia
31 OktKhamisHari Deepavali
25 DisRabuHari Krismas
Tarikh cuti umum Pahang 2024

Walau bagaimanapun, dalam kalendar cuti umum pahang 2024, tarikh yang dinyatakan mungkin tertakluk kepada perubahan rasmi negeri Pahang.

Download Kalendar Tahun 2024 Negeri Pahang

Boleh rujuk dan download kalendar tahun 2024 seperti di bawah.

kalendar pahang 2024 1
Cuti Umum Pahang 2024 dan Senarai Tempat Menarik Pahang 2024 5

Sumber rujukan: Portal Hari Cuti Umum Pahang 2024.

5 Senarai Tempat Menarik Negeri Pahang 2024

1. Kuantan

Kuantan adalah ibu negeri Pahang yang terletak di kawasan pantai timur merupakan antara destinasi percutian pilihan utama ramai orang. Meskipun bandar ini telah berkembang pesat, ia masih mengekalkan ciri-ciri sebagai lokasi pelancongan yang menarik serta dengan keindahan alam semula jadi yang kekal terpelihara. Antara destinasi perlancongan yang terdapat di Kuantan adalah Muzium Sultan Abu Bakar, Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan, Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan River Cruise dan banyak lagi.

2. Cameron Highland

Cameron highland adalah destinasi paling popular dan digemari di Malaysia kerana cuaca sejuk dan segar. Banyak tempat yang boleh dikunjungi antaranya adalah taman teh boh, mossy forest, taman flora Cameron, gunung Jasar, dan taman lavender Cameron.

3. Pantai Cherating

Pantai Cherating merupakan antara tempat menarik di Pahang yang menjadi pilihan utama pelancong dari luar dan dalam. Pantai ini terkenal dengan keindahan laut birunya serta pasir putih. Di sekitar pantai ini juga terdapat hotel dan resort mewah dan tempat menarik seperti Santuari Penyu Cherating. Santuari Penyu Cherating merupakan sebuah lokasi pelancongan yang terletak berhampiran dengan sempadan negeri Terengganu.

Orange and Blue Doodle Science Project Presentation 3
Cuti Umum Pahang 2024 dan Senarai Tempat Menarik Pahang 2024 6

4. Pantai Teluk Cempedak

Pantai Teluk Cempedak dikenali oleh masyarakat tempatan merupakan pantai yang popular di Pahang. Di sekitar kawasan pantai ini terdapat pelbagai kedai dan juga tarikan awam, menjadikannya sesuai untuk mereka yang ingin bersantai, beriadah, mahupun berkelah bersama keluarga.

5. Bukit Gambang dan banyak lagi

Jika anda minat kepada aktiviti dan sukan air, anda boleh ke Taman Air Bukit Gambang dan Bukit Gambang Resort City. Pelbagai tarikan bertemakan air yang anda boleh nikmati, antaranya adalah aqua play zone, family raft ride, 6 lane racer, penguin island, coco beach, bola tampar dan bersantai di gazebo.

Soalan FAQs Berkenaan Cuti Umum Pahang 2024

Bilakah tarikh hari keputeraan Sultan Pahang 2024?

Hari Keputeraan Sultan Pahang adalah 30 Julai 2024.

Bilakah sambutan hari Hol Pahang 2024?

Hari Hol Pahang adalah pada 22 Mei 2023.

Bilakah Tahun Baru Cina Tahun 2024?

Tarikh hari Tahun Baru Cina adalah pada 10 Februari 2024.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati