Pelbagai perkara bermain di fikiran mengenai persiapan hari raya. Ada antara perkara boleh diingat selalu, ada yang kita terlupa. Jadi bagi memudahkan anda membuat persiapan hari raya, artikel ini menyenaraikan checklist persiapan hari raya yang anda boleh rancang awal sebelum bermulanya hari raya nanti.
Checklist Persiapan Hari Raya
Checklist Persiapan Hari Raya | Selesai (✔) |
---|---|
1.Pembayaran Zakat Fitrah | ✔ |
2.Persiapan Baju Raya | ✔ |
3.Persiapan Kuih Raya | ✔ |
4.Servis Kenderaan | ✔ |
5.Pembelian Tiket Balik Kampung | ✔ |
6.Hiasan Rumah | ✔ |
7.Masakan Juadah Hari Raya | ✔ |
8.Duit Raya | ✔ |
Pembayaran Zakat Fitrah
Sudahkah anda melunaskan bayaran zakat fitrah untuk diri anda dan keluarga di bawah tanggungan anda? Jika belum, anda perlu menyegerakannya sebelum 1 Syawal menjelma. Hukum membayar zakat fitrah adalah wajib untuk semua orang Islam. Jika anda tidak melakukannya, atau melambat-lambatkan pembayaran zakat fitrah, anda akan mendapat dosa.
Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Zakat Fitrah adalah zakat yang terikat dengan tempoh waktu iaitu hanya di bulan Ramadan sahaja dan berdosa jika tidak menunaikannya. Pada waktu ini, pelbagai kaedah anda boleh jalankan zakat fitrah, iaitu samada secara bayaran di kaunter atau secara online. Rujuk artikel ini (Bayar Zakat Online) jika anda mahu membayar secara online dan anda tidak sempat pergi ke kaunter zakat.
Persiapan Baju Raya
Sudahkah anda membuat persediaan baju raya untuk diri sendiri dan keluarga anda? Jika belum, anda masih belum terlambat. Pada saat-saat menghampiri Syawal ini, anda tidak digalakkan membuat order online, kerana kemungkinan anda tidak sempat menerima order anda, atas sebab timbunan parcel untuk penghantaran dan kesesakan di pusat penghantaran barang. Oleh itu, anda digalakkan pergi ke kedai jualan pakaian untuk mendapatkan baju raya anda. Kemungkinan besar anda akan mendapatkan harga murah pada saat-saat akhir sebelum memasuki bulan Syawal.
Pernahkah anda mendengar gedung-gedung pakaian ternama seperti Jakel, Kenanga Wholesale City, Muaz Textiles dan macam-macam lagi? Gedung-gedung pakaian terkenal seperti ini sering kali membuat promosi besar-besaran setiap kali hampir menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Bukan tu sahaja, mereka juga telah menawarkan diskaun sebanyak 30% sehingga 80% untuk setiap pembelian. Kualiti dan rekaan daripada pusat pakaiana ini adalah sangat baik dan berkualiti serta murah. Bagaimanapun, anda hanya perlu peka dengan promosi-promosi Aidilfitri yang ditawarkan oleh butik-butik dan gedung-gedung pakaian di sekitar anda
Jika anda masih tertanya-tanya apakah warna tema hari raya pada tahun ini, anda boleh rujuk artikel berikut (Tema Baju Raya) untuk mengetahui tema baju raya yang sesuai untuk anda.
Persiapan Kuih Raya
Adakah anda sudah buat persiapan kuih raya untuk raya tahun ini? Jika belum, anda perlu sudah perlu mula fikirkan persiapan kuih raya untuk Syawal nanti. Kebiasaanya, ramai orang Malaysia mampu membuat kuih raya sendiri di rumah kerana lebih sedap dan jimat kos. Ada juga yang berminat untuk beli kuih raya di pasaraya atau kedai kerana tidak sempat untuk buat sendiri kuih raya di rumah, mungkin sibuk atau tiada kelengkapan memasak kuih raya di rumah, atau sebab-sebab tertentu yang lain. Kebiasaanya setiap rumah ada 3-5 kuih raya yang perlbagai jenis, bagaimanapun terpulang kepada bajet perbelanjaan sesebuah keluarga.
Kuih raya bukanlah kewajipan yang perlu ada di setiap rumah, tetapi ia adalah tradisi semasa di hari raya di Malaysia. Jika anda terfikir-fikir kuih apa yang perlu anda buat untuk hari raya nanti, anda boleh rujuk artikel berikut (Himpunan Kuih Raya Viral).
Servis Kenderaan
Jika anda merancang perjalanan jauh sempena hari raya, servis kenderaan adalah perkara utama yang anda fikirkan. Ada 5 hari lagi untuk anda lakukan servis kenderaan sebelum anda memulakan perjalanan. Perkara ini telah ditekankan oleh JPJ agar rakyat Malaysia merancang perjalanan hari raya dengan baik. JPJ juga telah mengeluarkan arahan untuk melaksana 3 operasi khas sempena musim perayaan nanti. Oleh itu, servis kenderaan anda jika anda belum berbuat demikian. Harga servis kereta naik bermula 1 Mac 2024 (Rujuk: Harga Servis Naik 1 Mac 2024). Justeru anda perlu rancang perbelanjaan anda untuk servis kenderaan.
Pembelian Tiket Balik Kampung
Bagi siswa siswi dan pelajar yang belum mempunyai kenderaan, jika anda merancang untuk balik kampung pada syawal nanti, anda perlu bertindak segera untuk beli tiket lebih awal. Berbaki lagi 5 hari untuk beraya, dikhuatiri tiket bas, kapal terbang telah habis atau terhad. Jadi untuk mengelakkan anda tidak dapat balik beraya di kampung, anda perlu bertindak segera untuk membeli tiket supaya anda tidak tertinggal seorang-seorang di kampus atau di tempat anda menyewa. Rujuk artikel ini (Cara beli tiket bas online) untuk anda tahu kaedah beli tiket bas secara online.
Hiasan Rumah
Untuk menghias rumah, anda boleh merujuk bajet perbelanjaan yang anda ada dan mampu, tidak perlu membazir dalam menghias rumah anda dengan keterlaluan dan melakukan pembaziran. Anda tidak perlu berbelanja besar untuk menukar segala perabot dan barangan di rumah. Pelbagai cara yang membolehkan melakukan penjimatan, iaitu dengan gunakan kreativiti dan kitar semula bahan-bahan yang masih elok. Sebagai contoh, jika perabot rumah dan langsir rumah anda masih baik dan elok, anda hanya perlu membasuh dan membersihkannya dan menggunakan semula untuk syawal tahun ini. Jika anda ingin membeli barangan keperluan dengan harga yang murah, anda boleh pergi ke kedai MR.DIY atau Daiso.
Masakan Juadah Hari Raya
Semestinya menghampiri hari raya, anda pening untuk fikir apakah masakan yang anda mahu masak semasa hari raya pertama, kedua dan seterusnya. Anda boleh merancang awal untuk masak apa sempena hari raya nanti. Lebih-lebih lagi jika anda merancang untuk membuat open house hari raya, anda perlu meneliti bajet perbelanjaan dan jenis masakan sebelum membuat open house hari raya. Jika anda masih belum buat keputusan, disini saya kongsikan resepi juadah hari raya yang anda boleh rujuk sebelum Syawal nanti. Antaranya resepi yang boleh anda cuba, Lemang, Ketupat, dan rendang daging.
Duit Raya
Sebagai pelengkap sambutan syawal ini, pemberian sampul berisi duit raya adalah suatu tradisi yang amat bermakna sebagai tanda anda seorang yang bermurah hati dan suka bersedekah. Jika anda tidak dapat menziarahi saudara-saudari di negeri lain boleh cuba memilih untuk memberikan Duit Raya dengan cara ‘online transfer’. Contohnya, Maybank ada menawarkan fungsi e-Duit Raya yang anda boleh cubakan. Selain itu, sekiranya anda malas untuk beratur lama di kaunter bank untuk tukar duit raya, kini ada cara yang lebih express dan lebih selamat untuk kita dapatkan duit baru tersebut di ATM.
Soalan FAQs Berkenaan Persiapan Hari Raya
Apakah cara pemberian duit raya secara online?
Boleh, secara e-duit raya Maybank.
Adakah tiket bas boleh dibeli secara online?
Ya, boleh dibeli secara online. Rujuk artikel di atas.
Adakah harga servis kereta akan naik?
Ya, harga servis kereta naik bermula 1 Mac 2024.