Pelbagai cawangan Giant di seluruh negeri menjadikan ianya adalah pilihan untuk mohon kerja Giant hypermarket. Pasaraya Giant hypermarket yang merupakan sebuah pasaraya yang gah di dalam negara Malaysia. Selaku pasaraya yang sudah berkembang dan bertapak lama di dalam negara, syarikat ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang peruncitan dan pemborongan secara besar-besaran.
Selain itu, Pasaraya Giant hypermarket juga menjadi tumpuan di kalangan rakyat Malaysia untuk mohon kerja Giant hypermarket yang menawarkan pelbagai kelebihan dan imbuhan juga keistimewaan kepada para pekerja mereka.
Peluang Kerjaya Giant Hypermarket Untuk Rakyat Malaysia
Isi Kandungan
Pengenalan Syarikat Pasaraya Giant Hypermarket
Pasaraya ini telah ditubuhkan dan bermula pada tahun 1944 lagi. Kini Pasaraya Giant Hypermarket telah mempunyai sebanyak 42 cawangan di dalam negara Malaysia. Pasar raya Giant Hypermarket juga telah berkembang maju sehingga punyai pelbagai cawangan di dalam pelbagai negara serantau seperti Singapura Brunei Indonesia dan juga negara Arab yaitu Emeriah Arab Bersatu(UAE).
Kecemerlangan mereka diteruskan dengan memastikan perkhidmatan mereka sentiasa ke depan dan terjaga kualitinya. Pasaraya Giant Hypermarket juga terkenal dengan penyediaan barangan keperluan harian seperti bahan-bahan mentah dan basah, sayur-sayuran segar dan buah-buahan tempatan. dengan dedikasi yang tinggi syarikat ini sentiasa membuka peluang untuk mohon kerja Giant Hypermarket.
Jawatan Kosong untuk Mohon Kerja Giant Hypermarket
Sebagai pasaraya yang sentiasa berkembang maju pihak Giant Hypermarket sentiasa membuka peluang dan ruang untuk rakyat Malaysia bagi membuat urusan mohon kerja Giant Hypermarket.
Berikut adalah senarai jawatan kosong Yang dibuka oleh pihak Giant Hypermarket di seluruh negara:
Senarai Kerja |
---|
Head of department |
Division manager |
Complex Executive |
Cashier |
Executive |
Sales Assistant |
Manager |
Operation Support Analyst |
Receiving |
Retail Store Manager |
Team Leader |
Complex Manager |
HR & Admin Executive |
HR Executive |
Marketing Executive |
Retail Sales Assistant |
Sales Support |
Senior Accounts Executive |
Ciri-ciri Kelayakan Mohon Kerja Giant Hypermarket
Sebelum membuat permohonan adalah perlu untuk para calon memenuhi kriteria permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak majikan. Untuk itu anda boleh meneliti terlebih dahulu senarai syarat kelayakan memohon kerja Giant Hypermarket yang tertera di bawah:
- Calon adalah mereka mempunyai kewarganegaraan Malaysia yang sah
- Adalah para calon merupakan mereka yang berumur daripada 18 tahun ke atas
- Calon adalah merupakan mereka yang berminat dah boleh bekerja dalam berpasukan
- Mempunyai kelayakan akademik minima SPM diploma serta ijazah mengikut tawaran jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik.
- Calon boleh bekerja semasa hari cuti umum
Untuk prosedur seterusnya adalah para calon boleh merujuk kepada cara permohonan kerja di Giant Hypermarket seperti diwar-warkan di laman web rasmi.
Prosedur Mohon Kerja Giant Hypermarket untuk Para Calon
Rujukan Tawaran Kerja Kosong
Bagi para calon yang ingin mengetahui mengenai paparan jawatan kosong serta makluman kerja yang telah dibuka rasmi oleh pihak Giant Hypermarket anda boleh meneliti dan membuat semakan di laman web rasmi Giant Hypermarket dan juga melalui pengumuman di mana-mana cawangan Giant Hypermarket.
Kebiasaannya mereka sentiasa kemaskini tawaran kerja kosong di mana-mana cawangan melalui laman sosial Facebook Rasmi Giant Hypermarket dan poster iklan jawatan kosong.
Panduan Mohon Kerja Giant Hypermarket
Untuk memohon kerja di Giant Hypermarket terdapat 2 cara yang parah calon perlu ketahui. Permohonan adalah melalui secara atas talian dan permohonan secara walk in. Bagi permohonan adalah mengikut jawatan-jawatan yang tertentu seperti jawatan ya pengurusan adalah melalui secara atas talian manakala jawatan yang melibatkan hal ehwal pasaraya serta khidmat pelanggan adalah melalui permohonan secara langsung.
Permohonan Secara Atas Talian
Calon boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman JobStreet yang merupakan laman mohon kerja rasmi oleh pihak Giant Hypermarket. Para calon boleh membuat permohonan dengan merujuk kekosongan jawatan yang tersedia dan para calon boleh mengemukakan permohonan melalui lampiran butiran maklumat diri dan resume yang telah di muatkan di dalam akaun JobStreet anda.
Permohonan Secara Walk In
Untuk calon yang ingin mencuba nasib dalam membuat permohonan kerja di Giant Hypermarket, anda boleh pergi ke cawangan Giant yang berdekatan dengan anda dan merujuk serta bertanyakan kekosongan jawatan yang sedia ada dan memerlukan kemasukan segera. Sekiranya terdapat kekosongan anda boleh terus membuat permohonan kepada pihak majikan dan menyatakan kesudian anda untuk bekerja sama ada secara part time atau full time.