Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson ini merujuk kepada permohonan jawatan yang sedang ditawarkan. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 28 Julai 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan seperti yang dinyatakan di bawah ini. Keutamaan calon adalah diberikan kepada anak Negeri Sembilan terlebih dahulu.
Senarai Jawatan Kosong yang Ditawarkan di Majlis Perbandaran Port Dickson
Isi Kandungan
1. Penolong Akauntan Gred W29
- Kekosongan: 1 Tetap & 1 Kontrak
- Gaji: RM1,498.00 – RM5,678.00
2. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
- Kekosongan: 1 Tetap & 1 Kontrak
- Gaji: RM1,360.00 – RM4,052.00
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
- Kekosongan: 1 Tetap
- Gaji: RM1,352.00 – RM4,003.00
4. Pembantu Penguat kuasa Gred KP19
- Kekosongan: 1 Kontrak
- Gaji: RM1,360.00 – RM4,052.00
Syarat Umum Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Dapatkan “Borang Permohonan dan Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download:
Cara Permohonan
- Borang permohonan yang disediakan di atas perlu dimuat turun.
- Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) seperti berikut:
a. Gambar warna berukuran pasport;
b. My Kad/Kad Pengenalan;
c. Sijil Kelahiran;
d. Sijil Berhenti Sekolah;
e. Sijil-Sijil Persekolahan/Akademik;
f. Sijil-Sijil yang berkaitan dengan bidang. - Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahun 2020 (perlu diakui sah oleh Ketua Jabatan di setiap helaian).
- Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
KM 1, Jalan Pantai,
71009 Port Dickson.
(u.p.: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan jawatan ini boleh dirujuk menerusi IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON 2021 | Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)
Senarai jawatan kosong yang lain:
- Hebahan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021
- Jawatan Kosong Pegawai Siasatan Gred P41
- Jawatan Kosong Medical Device Authority Malaysia
- Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Pasir Gudang
- Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
- Jawatan Kosong UITM (Pentadbiran)
- Jawatan Kosong ASWARA
- Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi
- Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 65/22
- Jawatan Kosong Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!