Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Medical Device Authority Malaysia Effective Julai 2021

Jawatan Kosong Medical Device Authority Malaysia
Medical Device Authority Malaysia

Jawatan Kosong Medical Device Authority Malaysia ini merujuk kepada permohonan jawatan yang sedang ditawarkan. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 23 Julai 2021 (Jumaat), jam 3.00 petang. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat adalah dipelawa untuk memohon jawatan seperti yang dinyatakan di bawah ini.

Syarat Umum Permohonan Kerja di Medical Device Authority Malaysia

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Senarai Jawatan Kosong yang Ditawarkan

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

  • Gaji: RM 2,067.00 (sebulan)
  • Taraf Jawatan: Contract of Service (CFS)
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas pentadbiran am pengurusan personel, perkhidmatan kaunter, dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

2. Penolong Pegawai Penerangan Gred S29

  • Gaji: RM 2,253.00 (sebulan)
  • Taraf Jawatan: Contract of Service (CFS)
  • Bertanggungjawab menguruskan rekaan grafik, ilustrasi, dan suntingan video bagi tujuan penghasilan isi kandungan di media sosial.
  • Bertanggungjawab membantu pengurusan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PBPP dan Mesyuarat Jawatankuasa Korporat Komunikasi di bawah Lembaga Pengarah.
  • Melaksanakan tugas pengurusan media seperti sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, tv dan radio.
  • Bertanggungjawab membantu menyelaras pegawai aduan pelanggan organisasi dalam menyelesaikan aduan dan pertanyaan pelanggan.
  • Melaksanakan urusan kaji selidik kepuasan pelanggan, maklum balas parlimen dan penugasan pegawai ke parlimen.
  • Melaksanakan aktiviti penerbitan organisasi.
  • Bertanggungjawab membantu menyelaras laporan tahunan organisasi.
  • Membantu pengurusan aktiviti-aktiviti promosi kesedaran dan penguatkuasaan organisasi secara bulanan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download:

Cara Permohonan Kerja di Medical Device Authority Malaysia

  • Sila rujuk maklumat dalam Iklan Jawatan Kosong di atas untuk ketahui cara-cara permohonan jawatan ini.

Maklumat Lanjut

408670689 1544106749742317 7487900793931887687 n 2

Sebarang maklumat lanjut berkenaan jawatan ini boleh dirujuk menerusi pautan Announcement – Medical Device Authority (MDA)

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Medical Device Authority Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati