Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Bakul Prihatin Negara Kini Dibuka

 

Permohonan Bakul Prihatin Negara Kini Dibuka

Permohonan Bakul Prihatin Negara Kini Dibuka. Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melaksanakan inisiatif Bakul Prihatin Negara ini. Permohonan boleh dilakukan menerusi empat (4) kaedah. Warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan ini boleh memilih mana-mana kaedah permohonan yang bersesuaian.

Bakul Prihatin Negara merupakan satu (1) inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Senarai Barangan Asas yang Terdapat
di Dalam Bakul Prihatin Negara

Setiap Bakul Prihatin Negara mempunyai lapan (8) barangan seperti berikut:

  1. Beras (5 Kg)
  2. Gula (1 Kg)
  3. Tepung (2 Kg)
  4. Bihun (400 Gm)
  5. Kicap (650 Ml)
  6. Sardin (230 Gm)
  7. Biskut
  8. Kopi

Apakah Kelayakan Bagi Permohonan
Bakul Prihatin Negara?

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pendemik COVID-19.

Bagaimanakah Ingin Membuat Permohonan?

Permohonan boleh dilakukan menerusi empat (4) kaedah seperti berikut:

  1. Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri
  2. Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999
  3. Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM)
  4. Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat

May be a cartoon of one or more people and text that says "Bakul Prihatin Negara CARA MEMOHON Bakul Prihatin Negara boleh dipohon melalui empat kaedah: Hubungi Bilik Gerakan JKM Negeri Talian Kasih 15999 019-2615999 Whatsapp ke Hubungi Media Sosial Rasmi KPWKM JKM Hubungi Pemimpin Tempatan/Setempat SETIAP KELUARGA RAKYAT MALAYSIA YANG TERJEJAS LAYAK MEMOHON"

Dapatkan “Borang Permohonan” di sini


Di sini admin nak kongsikan borang tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: LAMPIRAN A_ BORANG PERMOHONAN

Bagaimanakah dengan Kaedah Penyampaian
Bakul Prihatin Negara?

  • Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon.
  • Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun begitu, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan Bakul Prihatin Negara ini boleh dirujuk menerusi portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (jkm.gov.my)

Selain itu, anda semua juga mungkin berminat dengan perkongsian bantuan lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Permohonan Bakul Prihatin Negara Kini Dibuka ini dapat memberi manfaat kepada anda semua, khususnya buat insan yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19 masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sekerja, ataupun sesiapa sahaja yang memerlukan dan berkelayakan untuk membuat permohonan bantuan ini.

Anda Mungkin Meminati