Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi Effective Julai 2021

Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi

Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi ini merupakan tawaran jawatan terkini yang sedang dibuka. Perbadanan Aset Keretapi (RAC) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi beberapa jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang ditawarkan. Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 29 Julai 2021 pukul 12.00 tengah hari. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Syarat Wajib Permohonan Kerja di Perbadanan Aset Keretapi

  1. Warganegara Malaysia,
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan, dan
  3. Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM

Senarai Jawatan Kosong

408676498 1544106939742298 6678466683737601758 n 4

1. Penolong Jurutera Elektrik (1 kekosongan)

DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab membantu;
(i) Menyelaras isu-isu projek yang berkaitan aset keretapi;
(ii) Menguruskan perkara berkaitan projek;
(iii) Memantau projek pembangunan RAC;
(iv) Menyediakan laporan kemajuan projek; dan
(v) Urusetia mesyuarat dalaman dengan pihak ketiga.

SYARAT LANTIKAN
(i) Kelayakan Akademik: Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; dan
(ii) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 hingga 2 tahun pengalaman berkaitan.

KADAR UPAH
RM 72.00 / Sehari

2. Pembantu Tadbir (1 kekosongan)

DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab membantu:
(i) Menguruskan perkara berkaitan rekod dan fail;
(ii) Menguruskan berkaitan pengurusan am pejabat;
(iii) Menguruskan berkaitan perkhidmatan pelanggan; dan
(iv) Menguruskan kenderaan Jabatan.

SYARAT LANTIKAN
(i) Kelayakan Akademik: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.

KADAR UPAH
RM 54.00 / Sehari

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: Jun_2021_IKLAN_JAWATAN_KOSONG_RAC_2021.PSH_

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui capaian https://apps.rac.gov.my/ejawatan/

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan jawatan ini boleh dirujuk menerusi Perbadanan Aset Keretapi (rac.gov.my)

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi ini bermanfaat kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakn untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati