Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Effective Julai 2021

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka. Tarikh tutup bagi permohonan ini adalah pada 14 Julai 2021. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sebuah Pihak Berkuasa Tempatan mempelawa warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan seperti di bawah ini.

Senarai Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

  1. Pegawai Undang-undang Gred L52 (Kontrak / 1 Kekosongan)
  2. Akaun Gred WA41 (Tetap / 1 Kekosongan)
  3. Arkitek Landskap Gred J41 (Tetap / 1 Kekosongan)
  4. Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 (Tetap / 1 Kekosongan)
  5. Pegawai Tadbir Gred N41 (Tetap / 2 Kekosongan)
  6. Pegawai Penerangan Gred S41 (Tetap / 1 Kekosongan)
  7. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 (Tetap / 9 Kekosongan)
  8. Pembantu Tadbir Gred N19 (Tetap / 15 Kekosongan)

Cara Permohonan

f4055b11 6a01 48cd 98a5 b6733dc22e3b 2
  1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Sistem Permohonan
    Jawatan MBMB (e-rekrut) sepenuhnya dengan melayari http://e-rekrut.mbmb.gov.my/
  2. Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan dokumen yang diperlukan berserta dengan gambar formal terkini dan berukuran passport (Gambar swafoto/selfie tidak dibenarkan). Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  3. Pemohon hendaklah mengemukakan maklumat perhubungan (nombor untuk dihubungi, dan alamat emel) yang terkini.
  4. Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak akan
    dipertimbangkan.

Peringatan

Calon yang memohon juga dikehendaki untuk mematuhi perkara berikut:

  • Calon adalah sihat untuk berkhidmat;
  • Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;
  • Tidak pernah dibuang kerja;
  • Bukan penagih dadah;
  • Tidak memiliki kewarganegaraan asing,
  • Bukan seorang bankrap;
  • Tidak dibersarakan atas sebab kesihatan; dan
  • Tidak pernah ditamatkan perkhidmatan dari perkhidmatan awam

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan jawatan ini boleh dirujuk menerusi Iklan Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah | Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ini bermanfaat kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakn untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati