Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong UITM (Pentadbiran) Effective Julai 2021

Jawatan Kosong UITM (Pentadbiran)

Jawatan Kosong UITM (Pentadbiran) kini dibuka. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu. Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Julai 2021 (Isnin).

Syarat Umum Permohonan Kerja di UITM

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf Setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Senarai Jawatan Kosong Pentadbiran yang Ditawarkan

ec2b56d9 fca7 4b18 b4e4 cede158e6b1c 6
  1. Jurutera J41
  2. Penolong Pegawai Perubatan U29
  3. Penolong Pegawai Keselamatan KP29
  4. Pembantu Belia dan Sukan S19
  5. Pembantu Tadbir Kewangan W19
  6. Pembantu Pustakawan S19
  7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
  8. Pembantu Makmal C19
  9. Pemandu Kenderaan H11

Dapatkan “Borang Permohonan dan Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download:

Cara Permohonan

  1. Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA seperti yang disediakan di atas.
  2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan;
    • Kad Pengenalan
    • Sijil
    • Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau
    • Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol  dan   Transkrip   Akademik Terperinci).
    • Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan
  3. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.
  4. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
  5. Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
  6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
  7. Borang pemohonan dan salinan sijil lengkap dihantar ke alamat seperti berikut:

    Unit Pengurusan Sumber Manusia
    Bahagian Pentadbiran
    Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
    Beg Berkunci 71
    88997 Kota Kinabalu
    Sabah.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan penawaran jawatan ini boleh dirujuk menerusi:

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong UITM (Pentadbiran) ini dapat memberi manfaat kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati