Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Jawatan Kosong ASWARA Effective Julai 2021

Jawatan Kosong ASWARA

Jawatan Kosong ASWARA kini dibuka. ASWARA memerlukan kumpulan baru yang terdiri daripada individu yang dinamik, kreatif, inovatif, bermotivasi tinggi untuk bekerja dengan semangat berpasukan dan meminati serta menghargai bidang seni budaya dan warisan bagi merealisasikan misi dan visi penubuhan ASWARA.

Warganegara Malaysia yang mempunyai tahap keyakinan serta berintegriti tinggi,
bersedia menghadapi cabaran untuk menyertai dunia pendidikan seni budaya dan
warisan adalah dialu-alukan untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 14 Julai 2021.

Maklumat Jawatan Kosong ASWARA

  • Jawatan: Pegawai Personel MySTEP
  • Penempatan: Bahagian Teknologi Maklumat
  • Kadar Upah: RM 2,000.00
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP, dan PERKESO

Deskripsi Tugas

  1. Membantu penganalisis dan pembangunan sistem dalam menghasilkan rekabentuk
    sistem;
  2. Melaksanakan penyediaan rumusan tentang spesifikasi dan keperluan asas dalam
    pembangunan sistem;
  3. Mengubah spesifikasi dan rekabentuk perisian kepada aturcara kefungsian yang berkualiti dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang bersesuaian;
  4. Melaksanakan integrasi antara sistem yang berlainan bagi pengwujudan pangkalan data
    berpusat;
  5. Membuat ujian terhadap aturcara secara berkala bagi memastikan sistem berjalan lancar dan melakukan debugging jika perlu;
  6. Melakukan operasi naik taraf kepada versi terkini bagi memastikan perisian dan sistem
    lebih efisien dan terjamin keselamatannya; dan
  7. Menghasilkan dokumen bagi tujuan manual pengguna dan manual teknikal untuk rujukan pentadbir sistem.

Syarat-syarat Permohonan Jawatan Kosong ASWARA

074555f8 a5d0 468a 93ec 498ee5c2ce8c
Jawatan Kosong ASWARA
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
  4. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh
    Kerajaan;
  5. Memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Sains Komputer,
    Kejuruteraan Perisian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; DAN
  6. Mempunyai asas sebagai pengaturcara sistem dan berkemahiran di dalam bahasa
    pengaturcaraan PHP atau ASP, MySQL dan SQL.
  7. Mempunyai kebolehan komunikasi dan hubungan interpersonal yang baik; DAN
  8. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris dengan baik;
  9. Berkebolehan mengendalikan komputer terutamanya bagi perisian asas seperti Microsoft
    Word dan Excel.

Dapatkan “Borang Permohonan Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklantersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: 

Cara Permohonan

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi di atas.
  2. Permohonan yang telah dilengkapkan perlu disertakan dengan sekeping gambar
    terbaharu berukuran passport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan serta sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dan di sudut atas
    sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan dipohon.
  4. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau
    pada 14 Julai 2021.

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 03-2778 5999 / 2001 / 5940 / 5938

Catatan Am

  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temu
    duga.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh satu (1) bulan
    daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan jawatan ini boleh dirujuk menerusi pautan berikut:

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong ASWARA ini dapat memberi manfaat kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati